Home Kisah rakyat Pernah ‘Check In’ Hotel di Madinah, sekali Isteri kantoi Curang dengan Suami...

Pernah ‘Check In’ Hotel di Madinah, sekali Isteri kantoi Curang dengan Suami Orang Lain

218
0

Seorang suami berasal dari Sabah mendedahkan kecurangan isterinya bersama dengan seorang lelaki bergelar doktor ketika sama-sama bertugas di Mekah anjuran Tabung Haji pada tahun lalu.

Edwind Hiew telah memuat naik banyak gambar di Facebook berserta bukti mesej perbualan isterinya, Aini bersama lelaki tersebut yang juga sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Menerusi tangkap layar mesej tersebut doktor berkenaan telah memulakan perbualan beberapa kali dengan bertanya apa yang sedang dilakukan wanita itu.

Lama kelamaan, mereka semakin selesa berbual sehinggalah pada penghujung Julai tahun lalu, doktor bernama Habir itu mengakui sudah jatuh cinta kepada isteri Edwind itu.

“Saya dah mula sukakan Aini. Saya tak pernah ada perasaan macam ni semenjak kahwin. I love you, Aini.”

Kedua-dua mereka juga berkali-kali makan bersama dan pada tarikh 9 Ogos, Habir dan Aini telah melakukan perkara terkutuk ketika berada di Madinah.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Edwind, isterinya dan doktor itu telah mendaftar masuk sebuah hotel mewah di Madinah selama 3 hari 2 malam tanpa pengetahuan pihak Tabung Haji.

msg2

“Saya datang lambat sikit, ada kerja. Aini tunggu kata bilik hotel dulu. Jangan risau saya tak buat apa-apa pun.”

Perkongsian Edwind meraih perhatian ramai warganet selepas dia meminta bantuan warganet untuk mendapatkan maklumat lokasi tempat tinggal atau pejabat lelaki itu dan isterinya.

Laporan polis juga telah dibuat olehnya bagi tujuan tindakan mahkamah, pihak Tabung Haji dan Kementerian Kesihatan agar mengenakan tindakan tatatertib terhadao doktor berkenaan.

report 2

mekah2

Sumber: Twitter

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’7′]

Previous articleSelamba Nyanyi Lagu ‘Bujang Senang’. Ramai Tidak Sangka Wanita Ini Boleh ‘Tarik’ Seperti Key Asal
Next article“Saya Betul Betul Tak..” – Shila Amzah Cerita Hal Sebenar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here