Home Semasa “Sampai Licin Kau Kebas”-Mainan Hotwheels Dicuri Di Lotus Kajang

“Sampai Licin Kau Kebas”-Mainan Hotwheels Dicuri Di Lotus Kajang

189
0

Ramai diantara kita yang barangkali menjadi pengumpul kereta mainan berskala kecil, terutamanya dari jenama Hot Wheels. Peminat dan pengumpulnya datang dari serata dunia, tidak terhad kepada orang kita sahaja.

Baru sahaja semalam tular di tiktok @syaqirhamidi di mana rakaman tersebut menunjukkan beberapa kotak hotwheels yang kosong isinya. Menerusi video tersebut, kotak-kotak yang sepatutnya berisi mainan hotwheels hilang akibat dicuri oleh manusia yang tidak tahu siapa. Bukan satu yang hilang namun berkotak-kotak mainan tersebut dilihat kosong dan sepertinya dibuka di situ juga.

Mainan hotwheels ini sekarang bukan sahaja diminati golongan muda tetapi ada juga golongan dewasa yang suka mengumpul mainan hotwheels ini. Lihat salah satu komen netizen,

“bukan hotweels ni bapak budak ke yang heboh sgt kumpul? tak mungkin budak yg curi”

Baca juga : “Aku Bg Masa 24Jam Untk Kau Pulangkan Balik”- Rakaman CCTV Tgkp Aksi Pencuri

Baca juga : “Tak Sampai Sejam Mencuri, Terus Dicekup Polis”-Terima Kasih PDRM

Kejadian dikatakan berlaku di Pasaraya Lotus, Kajang.

Lihat video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@Bunga Keding : check sekali staff anda, kadang dorg pun rembat juga

@Alin : kat toys r us pun sama. tapi takla sebanyak nih. sakit betul hati bila jumpa kotak kosong(kena curi)

@Amir Rare : td pon ade cubaan mencuri di Kipmall Kota Warisan… ade 1 kedai jual hotwheels ni hampir hilang bnyak kereta,budak tu amik bawak masuk beg

@taehyung’s y/n : kat lotus pun boleh curi apatah lagi kat kedai rm2 kadang² rasa diorg x takut dosa

@ermac_21 : Kat kilang hw kdg2 pekerja pn Ada yg balun..ni apatah LG kat kedai..

@Cik Emma : lps ni kena letak dlm bekas acrylic mcm pack nescafe

Kebanyakan netizen menyuruh untuk memeriksa cctv di situ namun rakaman cctv pastinya tidak dapat menangkap dengan jelas raut muka pencuri tersebut. Mainan di Lotus yang besar boleh hilang inikan pula di kedai RM 2.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Lelaki Berang Warga Asing Selamba Pacak Khemah Berniaga Tepi Jalan”-Majlis Perbandaran Tak Buat Kerja k
Next articleLepas Trsebar Gmbar Brpelukan, Skli Sophia AlBarakbah Msuk Wad Pula Brtemankan Seorg Lelaki Yg Sama?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here