Home Hiburan Lepas Trsebar Gmbar Brpelukan, Skli Sophia AlBarakbah Msuk Wad Pula Brtemankan Seorg...

Lepas Trsebar Gmbar Brpelukan, Skli Sophia AlBarakbah Msuk Wad Pula Brtemankan Seorg Lelaki Yg Sama?

263
0

Sophia Albarakbah atau dikenali sebagai Sophia Koshka merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 Julai tahun 1993, berasal dari Kuala Lumpur. Pertama kali menceburi dunia hiburan dengan menjayakan pelbagai iklan komersial semasa masih melanjutkan pelajarannya. Atas desakan seorang rakannya yang memintanya menghadiri ujibakat filem 18, beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Beliau juga terkenal dengan lakonannya dalam drama seperti Tercipta Satu Ikatan (2020), Suamiku Lelaki Pendosa (2022), Cinta Hilang Kata (2022) dan drama yang menjadi sebutan penonton iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang baru sahaja disiarkan di televisyen siaran TV3.

Sophia juga pernah ditular baru-baru ini, selepas dikaitkan dengan rumah tangga pasangan selebriti iaitu Bella Astillah dan Aliff Aziz. Apa yang berlaku dimana Bella Astillah mengatakan beliau membuat pengakuan kepadanya bahawa dirinya pernah ‘ter’suka Aliff Aziz dan membuatkan Bella berasa tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, kerana seseorang yang beliau ‘ter’suka itu adalah suami Bella.

Baca lagi: Azhar Sulaiman marah Sophia Albarakbah difitnah besar dilabel pelac*r

Baca lagi: “I Tak Kacau Aliff…” – Sophia Albarakbah Merayu Pada Bella Astillah

Setelah itu, pelakon ini telah menjadi tumpuan seluruh Malaysia dan serta mendapat kecaman orang ramai kerana sikapnya yang ‘ter’suka kepada suami orang itu sememangnya salah. Namun beliau juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan dan tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan ketika itu.

Selain itu, baru-baru ini juga beliau telah menyiarkan satu gambar di akaun Instagram nya. Dimana beliau berpelukan dengan seorang lelaki yang mukanya ditutup memakai ’emoji’, ketika mereka berdua menonton wayang.

sinetronmalaya.com Lepas Trsebar Gmbar Brpelukan Skli Sophia AlBarakbah Msuk Wad Pula Brtemankan Seorg Lelaki Yg Sama rrr

Selepas beberapa hari, Sophia turut menyiarkan satu klip durasi pendek yang memaparkan bahawa dirinya telah memasuki hospital bersama seorang lelaki yang berjambang dan sedang berjalan ke arahnya untuk rawatan.

sinetronmalaya.com Lepas Trsebar Gmbar Brpelukan Skli Sophia AlBarakbah Msuk Wad Pula Brtemankan Seorg Lelaki Yg Sama fff

Oleh itu, gambar-gambar tersebut menjadi tanda-tanya siapakah lelaki itu dan turut membuat andaian bahawa lelaki tersebut merupakan teman lelakinya. Gambar mereka berdua berpelukan juga telah mendapat kecaman ramai. Sophia juga pernah mengatakan hatinya sudah dimiliki dan tidak mahu mendedahkan identiti lelaki itu selagi belum sah berkahwin.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Instagram dan OhMedia

Previous article“Sampai Licin Kau Kebas”-Mainan Hotwheels Dicuri Di Lotus Kajang
Next article“Nyanyi Sampai Tengah Jalan, Mujur Tak Kena Langgar. Buat Hal Betul Laa Rahim Ni..” – Netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here