Home Semasa Kes Bun*h Kanak-Kanak Autisme di Damansara Damai, Ibu Bapa Ditahan

Kes Bun*h Kanak-Kanak Autisme di Damansara Damai, Ibu Bapa Ditahan

84
0

Pada Disember tahun lalu, negara dikejutkan dengan kejadian pembunuhan yang melibatkan seorang kanak-kanak autisme di Damansara Damai.

Mayat kanak-kanak berusia 6 tahun yang pada awalnya dilaporkan hilang ditemui di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

Dalam perkembangan terbaru, Harian Metro melaporkan bahawa ibu bapa mangsa telah ditahan polis hari ini. Mereka ditahan kira-kira jam 11 pagi di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam, Selangor.

Pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

Menurut sumber Harian Metro, setakat ini tiada maklumat berhubung siasatan yang sedang dijalankan oleh polis terhadap pasangan tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, turut mengesahkan penahanan pasangan tersebut. Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok untuk permohonan reman.

Sumber: Harian Metro

Previous article“Dah Sampai Depan Kaabah Pun Sempat lagi Menjual, Siap Suruh Tekan Bag Kuning…” – Tindakan Jemaah Haji Mengejutkan Ramai
Next article“Kalau Tengok Usaha Saya Dekat Sekolah Memang Takde Langsung..” – Johan Ghazali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here