Home Info Presiden UMNO Ahmad Zahid Sedar Disuruh Berundur Diri

Presiden UMNO Ahmad Zahid Sedar Disuruh Berundur Diri

237
0

UMNO ‘tanggungjawab penuh’ terhadap prestasi buruk UMNO dalam enam pilihan raya baru-baru ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melafazkan ikrar untuk memperbaiki nasib parti. Walaupun begitu, Zahid yang juga presiden parti itu tidak menyatakan sama ada kenyataannya itu bermakna beliau tidak akan melepaskan jawatan.

“Saya sedar tentang gesaan sebegitu (untuk dia berundur). Apa yang saya boleh berikrar ialah saya, dengan bantuan kempimpinan parti, akan melakukan lebih banyak lagi untuk mendapatkan semula kenyakinan rakyat…”

“Kami akan meneliti pendekatan dan strategi dengan mengguna pakai yang baharu supaya dapat memenangi hati serta minda pengundi sekali lagi…” – Katanya

Gesaan supaya Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai presiden parti sejak UMNO menunjukkan prestasi buruk dalam enam pilihan raya negeri Sabtu lalu, apabila hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi.

Kehilangan semua kerusi yang ditandingi di Terengganu dan Kedah dengan hanya menang dua di Pulau Pinang dan Selangor serta satu kerusi di Kelantan. Bagaimanapun, pemilihan lebih baik di Negeri Sembilan dengan 14 kerusi.

“Ini bukan kali pertama presiden UMNO didesak untuk berundur, sudah banyak kali berlaku termasuklah Pak Lah (Tun Abdul Ahmad Badawi) dan juga Dato Seri Najib apabila keputusan pilihan raya tidak memihak kepada kami…” – Luahnya

Ahmad Zahid berkata antara isu yang perlu ditangani ialah kerjasama parti dengan DAP dalam kerajaan perpaduan.

“Kami akan melakukan beberapa sesi untuk menjelaskan perkara ini di peringkat bahagian UMNO…” – Terangnya

Masih terdapat beberapa ahli UMNO yang keliru dengan perubahan yang akan dilakukan tersebut.

Itu penjelasannya yang mungkin akan menjejaskan parti tersebut.

[redirect url=’https://youtu.be/uO576ltJJrY’ sec=’3′]

Previous article“Kerajaan Perpaduan Bukan Lagi Penawarnya..” – Tan Sri Shahrir Samad (Veteren Umno)
Next articleWarga Emas Rugi RM70,000, Disamun Lelaki Bermotosikal Depan Bank

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here