Home Info Adakah Berdosa Jika Isteri Tidak Mahu Bekerja Walaupun Suami Bergaji Kecil? Ini...

Adakah Berdosa Jika Isteri Tidak Mahu Bekerja Walaupun Suami Bergaji Kecil? Ini Jawapannya

122
0

Sering kita mendengar wanita yang berkerjaya ingin berhenti bekerja sebaik sahaja selepas berkahwin kerana ingin menumpukan perhatian kepada urusan rumah tangga. Namun, apakah hukumnya jika isteri tidak mahu membantu suami mencari nafkah?

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata tindakan berhenti kerja dan memilih untuk menjadi suri rumah bukanlah satu kesalahan atau dosa.

Seperti yang kita tahu, tanggungjawab mencari nafkah perlu dipikul oleh suami dan bukanlah kewajiban isteri.

Terdapat juga satu hadis yang diriwayatkan daripada Mu’awiyah al-Qusyairi R.A, bahawa beliau telah bertanya kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, apakah hak isteri salah seorang dari kami yang menjadi kewajipan suaminya?” Maka Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud:

“Engkau memberi makan kepadanya, jika engkau makan. Engkau memberi pakaian kepadanya, jika engkau berpakaian. Janganlah engkau pukul wajahnya, janganlah engkau memburukkannya, dan janganlah engkau meninggalkannya kecuali di dalam rumah.” Riwayat Abu Dawud (2142), Ibn Majah (1850) dan Ahmad (20013)…

Para suami juga perlu ingat bahawa tugas seorang isteri adalah mendidik anak-anak, menguruskan rumah tangga, dan melaksanakan tanggungjawab keluarga yang lain.

Syeikh Ibn Jibrin juga pernah menjelaskan bahawa wanita tidak berdosa jika tidak memasak untuk suaminya.

“Akan tetapi, tidak boleh mewajibkan isteri dengan kerja-kerja yang membebankan serta menyusahkan mereka, sebaliknya kerja itu bergantung kepada kemampuan dan adat setempat…”

Oleh itu, sebagai suami perlulah diingatkan bahawa isteri tidak diwajibkan oleh syarak untuk menanggung keluarga dan tidak salah jika isteri mahu memilih untuk menjadi suri rumah.

Apa pun, sebagai pasangan hidup, perlulah saling membantu dalam mencari rezeki dan meringankan beban masing-masing dalam menguruskan rumah tangga. Barulah kekal lama, hehe.

Sumber: Portal

Previous article“Bakat Macamni Yang Patut Diketengahkan..” – Nyanyian Merdu Di Majlis Perkahwinan Raih 1 Juta Tontonan
Next articleHattan Luah Sebak Dan Bangga Anak Arwah Adik Capai Straight A’s Untuk SPM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here