Home Info Peti Sejuk Anda Berbau Busuk? Ikuti 5 Cara Hilangkan Bau Yang Tak...

Peti Sejuk Anda Berbau Busuk? Ikuti 5 Cara Hilangkan Bau Yang Tak Menyenangkan Dalam Peti Sejuk Rumah Anda

122
0

Peti Sejuk boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan kerana cara campuran pelbagai jenis makanan serta kaedah penyimpanan yang tidak betul.

Bagi sesiapa yang berdepan dengan masalah seperti ini, apa kata cuba petua mudah yang dikongsikan oleh Leha Yusof untuk menghilangkan bau busuk dalam peti ais di rumah anda.

Screenshot 2023 06 16 214948

1. Daun Pandan

Gunakan bahan mudah ini sebagai pewangi semula jadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja di dalam peti sejuk anda semalaman.

Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti ais anda juga akan berbau wangi.

2. Roti

Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga mengering.

Bau yang kurang menyenangkan itu pasti akan beransur hilang.

3. Serbuk Penaik/Baking Soda

Tabur serbuk penaik atas dulang atau piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.

Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.

4. Cuka Putih

Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk.

Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.

5. Oat

Siapa sangka oat juga boleh menyerap bauan yang tidak enak dalam peti sejuk. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk.

Anda pasti akan mendapati peti sejuk anda kurang berbau selepas beberapa ketika.

Min harap info ini bermanfaat untuk anda, dan selamat mencuba ya!

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: InfoRakyat

Previous articleSering Diketawakan Oleh Rakan, Sekali Lelaki Ini Tunjuk Bukti Jualan Kayu Api Dalam Satu Hari
Next articleDuit Syiling Terlalu Banyak? Ikuti Cara Mudah Tukar Duit Syiling Guna Mesin Di Bank
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here