Home Info Duit Syiling Terlalu Banyak? Ikuti Cara Mudah Tukar Duit Syiling Guna Mesin...

Duit Syiling Terlalu Banyak? Ikuti Cara Mudah Tukar Duit Syiling Guna Mesin Di Bank

275
0

Tabung duit syiling yang anda dah kumpul mungkin sudah penuh. Tak payah susah-susah nak kira, bawa sahaja semua duit syiling ke mesin yang ada di bank.

Mesin tersebut akan kira siap-siap dan wang akan dikreditkan ke akaun bank anda dengan serta merta. Jika anda pertama kali menukar, anda boleh membaca langkah-langkah yang dikongsikan oleh Anan Adli di sini.

Cara Tukar Duit Syiling Guna Mesin Di Bank

Screenshot 2023 06 16 215939

1. Pergi ke cawangan di mana mesin ini tersedia. Untuk maklumat, tidak semua cawangan Maybank ada mesin seperti ini. Untuk cawangan dengan mesin ini, anda boleh merujuk di bawah nanti.

2. Masukkan duit syiling, dan tidak perlu mengasingkan kesemua jenis syiling yang ada. Mesin ini akan mengasingkan setiap syiling. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Serta mesin ini juga menerima wang baru ataupun wang lama, tetapi hanya yang tidak diterima wang dari luar negara.

3. Tekan butang ‘A; untuk memulakan. Mesin akan mula menjatuhkan syiling, selepas beberapa ketika dan mesin akan berhenti. Tekan butang ‘A’ sekali lagi untuk meneruskan. Wang yang tidak diterima pada masa itu akan dimasukkan ke dalam bahagian bawah mesin. Keluarkan dan cuba letak semula di tempatnya.

4. Apabila selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan mengeluarkan 2 resit. Satu disimpan untuk anda dan satu lagi bank akan mengambilnya. Anda perlu mengisi nama, nombor akaun dan nombor telefon.

5. Serahkan resit di kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan borang untuk diidi. Isikan nama anda, nombor akaun dan jumlah syiling yang telah anda deposit.

6. Serahkan borang dan resit ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank pada waktu malam (jika anda keluar pada waktu pagi).

Screenshot 2023 06 16 220757

Info lain

  • Sebelum pergi, cuba hubungi cawangan untuk menyemak sama ada mesin tersedia. Mana tahu mesin sedang diservis dan hilang kan? Jangan buang masa anda datang.
  • Bank dibuka dari 9.15 pagi hingga 4.30 petang. Mesin mengikut waktu operasi bank, tidak seperti mesin deposit tunai kerana resit perlu dipulangkan ke kaunter khidmat pelanggan.
  • Resit hanya sah untuk satu hari. Selepas mendapat resit dari mesin, terus ke kaunter khimat pelanggan. Jangan pergi esok.
  • Jika anda rajin, anda boleh mengira bilangan syiling terdahulu untuk memastikan nombornya sama dengan nombor pada mesin.

Mesin Deposit Syiling Maybank (senarai diambil dari laman web Maybank2U)

  • KL Main Branch
  • Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
  • Shah Alam Main Branch
  • USJ Subang Jaya Branch
  • Seremban Branch
  • Jelapang Branch
  • Melaka Main Branch
  • Johor Bahru Main Branch
  • Jelutong Branch
  • Alor Star Branch
  • Taman Tas Branch
  • Kuala Terengganu Branch
  • Kota Bharu Branch
  • Wisma Satok Branch
  • Kota Kinabalu Branch
  • Rawang Branch
  • Bandar Baru Selayang Branch
  • Bandar Sunway Branch
  • Equine Park Branch
  • Station 18, Ipoh Branch
  • Skudai Branch
  • Batu Pahat Branch
  • Prai Industrial Estate Branch
  • Legenda Heights Branch
  • Pulau Langkawi Branch
  • Paka Branch
  • Tanah Merah Branch
  • Mutiara Damansara Branch

“Semoga info ini bermanfaat untuk anda”

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang

Previous articlePeti Sejuk Anda Berbau Busuk? Ikuti 5 Cara Hilangkan Bau Yang Tak Menyenangkan Dalam Peti Sejuk Rumah Anda
Next article16 Orang Terpaksa Kira Duit Simpanan, Sekali Jumlah Duit Yang Dikumpul Warga Emas Ini Buat Ramai Yang Tak Sangka
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here