Home Kehidupan Sering Diketawakan Oleh Rakan, Sekali Lelaki Ini Tunjuk Bukti Jualan Kayu Api...

Sering Diketawakan Oleh Rakan, Sekali Lelaki Ini Tunjuk Bukti Jualan Kayu Api Dalam Satu Hari

256
0

Kisah Mohamad Ammar Sobri dngan perniagaan menjual kayu api ‘Unggun By The Stepherd’ yang pada mulanya dibuat secara sampingan.

Anak muda berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang ini menjalankan perniagaan jalan ‘kambing golek’ dan menggunakan kayu api sejak awal 2021, untuk menggantikan arang.

Pada awalnya, beliau menjual kayu api sekadar untuk menampung pendapatan perniagaan ‘kambing perap dan golek’ yang sedikit terjejas akibat pandemik C0vid-19.

“Sebenarnya saya sendiri tidak pernh terfikir akan menjual kayu api ini. Asalnya mahu mencuba menu daging yang berasaskan salai. Sebelum ini, kami menggunakan arang untuk bakar daging tapi kali ini kami cuba menggunakan kayu api”

wew

“Jadi semasa tengah buat menu daging smoked, ada rakan yang tanya kenapa tidak tolong sediakan kayu api untuk orang yang berminat dengan aktiviti perkhemahan dan juga mahu membuat barbeku (BBQ). Dari situ saya mula terfikir dan cuba peluang ini ditambah pula saya sekeluarga suka berkhemah”

Lelaki ini juga menjlaskan perbezaan daging smoked yang dihasilkannya berbeza dengan daging salai yang biasa ada dalam pasaran.

“Daging smoked menggunakan kayu api tetapi dimasak dalam smoker brick atau dalam smoker offset, antara 6 hingga 12 jam (bergantung kepada jenis daging) sehingga daging boleh dimakan terus berbanding daging salai yang bperlu dimasak balik, sebagai contoh daging salai masak lemak”

asd

Beliau kemudin membuat keputusan untuk menjadikan jualan kayu api sebagai satu lagi sumber pendapatannya selepas yakin ia mempunyai potensi dan mensasarkan golongan yang gemar aktiviti perkhemahan serta sukar mendapatkan bahan bakar itu.

“Sekarang ramai yang suka aktiviti perkhemahan dan kebayakannya tidak tahu cara unuk mendapatkan kayu api. Daripada situ saya terfikir mengapa saya tidak membekalkan kayu api yang mereka perlukan untuk aktiviti perkhemahan”

Bermula daripada cetusan idea, kemudian lahirlah perniagaan menjual kayu api ‘Unggun By The Stepherd’. Untuk perniagaan ni, beliau mempunyai tiga orang pekerja untuk memotong kayu.

sadwqe

“Biasanya pekerja saya akan masuk di kawasan yang hendak dijadikan projek pmbangunan semula. Contoh ada kebun getah yang perlu dibersihkan, dan kami akan bersihkan secara percuma dan pokok yang ditebang, kayunya kami ambil sebagai upah”

“Dalam hal ini, kami bekerjasama dengan pihak pemaju, dan kawasan yang dibersihkan adalah untuk projek perumahan”

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: InfoRakyat

Previous articlePengeluaran KWSP Boleh Dilakukan Sehingga RM50,000 Dengan Syarat
Next articlePeti Sejuk Anda Berbau Busuk? Ikuti 5 Cara Hilangkan Bau Yang Tak Menyenangkan Dalam Peti Sejuk Rumah Anda
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here