Home Netizen Kumpul Duit Sbnyk Rm12,000 Dlm Masa Setahun, Ini Caranya!

Kumpul Duit Sbnyk Rm12,000 Dlm Masa Setahun, Ini Caranya!

327
0

Jangan tak percaya dengan Rm20 sehari kalau komited menyimpan wang tersebut boleh berganda sampai berbelas ribu. Bukan misi mustahil sebab ibu Aminahtul Marrdiah sudah pun berjaya melakukannya.

Cara Simpan Duit Untuk Anak Dalam Masa 1 Tahun

1. Sediakan botol kuih raya saiz besar, dan hiaslah ikut suka asalkan botol itu boleh bagi korang motivasi nak menyimpan.

2. Berbelanja? Korang tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli je keperluan hidup seharian. Trick nya adalah ‘Never Ever Use Rm20 To Purchase’. Gunakan duit lain yang ada selain Rm20, kalau terpaksa pecah Rm50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin dapat Rm20 lagi. Dan kalau keluarkan duit dari mesin ATM ada 5 keping Rm20, jika itu je duit korang yang ada, tepikan juga Rm20 jika tiada pilihan.

Baca lagi:  “Hidup Ni Keras Dik, Bukan Sng Mak Nk Dpt Duit”-Kegigihan Adik Jual CheeseTart Tarik Perhatian

Baca lagi: “Seminggu Hilang RM XX,XXX…”-Luahan Gadis Ditipu Scammer, Hilang Semua Duit Dlm Acc

sinetronmalaya.com Kumpul Duit Sbnyk Rm12000 Dlm Masa Setahun Ini Caranya bbb

3. Balik ke rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet tu, terus masukkan kesemua duit Rm20 yang korang ada dalam botol. Korang mungkin akan tenung botol tu yang mula dengan sekeping Rm20 sambil berkata “Alahai besarnya Rm20 ni. Aduhai!” Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. Rahsianya jangan difikir.

4. Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Ya korang ada 365 hari untuk melalui perjuangan Rm20 ni.

5. Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak duit untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata.

Dah jadi rutin beliau untuk buat ‘Trick’ luar biasa ini sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping Rm20 terkorban dalam satu hari.

Tapi, nikmatinya adalah dalam masa 365hari, mereka berjaya mengempul Rm12600 untuk anaknya yang diberi nama Eusoff. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana.

sinetronmalaya.com Kumpul Duit Sbnyk Rm12000 Dlm Masa Setahun Ini Caranya zzz

Kenapa Rm20?

1. Lebih Senang Nampak

Disebabkan warna oren, korang akan sedar dengan cepat yang itu duit yang korang kena simpan. Secara automatik korang akan ketepikan wang tersebut. Taklah terlalu besar macam Rm50 sampai korang rasa macam nak tersedak bila nak asingkan.

2. Paksa Diri Suami Isteri

Beliau pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama Rm1, hari kedua Rm2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu Rm30. Banyak juga sebenarnya bila korang simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam Rm500 juga lah korang dapat dalam sebulan.

Perkara sebegini seharusnya berdisplin dan push diri sendiri untuk asingkan Rm20 setiap kali ada, dan hasilnya akan mendapat Rm12,600 setahun. Maka puratanya lebih kurang Rm34 sehari korang sepatutnya menyimpan.

3. Terjamin Jumlah Simpanan

Memandangkan korang menyimpan Rm20, bila dah mula korang akan latih diri dan minda tanpa sedar yang Rm20 ni hak anak korang. Mula-mula memang akan terasa beban tetapi lama-kelamaan akan berasa seronok melihat duit itu semakin banyak dan tahu jumlahnya taklah ciput.

sinetronmalaya.com Kumpul Duit Sbnyk Rm12000 Dlm Masa Setahun Ini Caranya vvv

Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk dan disiplinkan diri kita sedikit, dan jangan memboros sangat, kalau tak boleh simpan Rm20, Rm5 atau Rm10 pun boleh.

Jangan mengeluh untuk simpan duit, dan semoga korang mendapat apa yang dicapaikan pada masa akan datang! Semoga berjaya!

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous article“Masyaallah..Nasib Baik Dh Tutup Suis Semua..”-Kejadian Siling Runtuh Akibat Hujan
Next article“Padah Tak Tutup Enjin Time Isi Minyak”-Kereta Bergerak Sendiri Buat Ramai Terkejut
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here