Home Viral Isteri Meninggal Dunia Ketika Melahirkan Anak, Suami Menyusul ‘Pergi’ Dua Minggu Kemudian

Isteri Meninggal Dunia Ketika Melahirkan Anak, Suami Menyusul ‘Pergi’ Dua Minggu Kemudian

139
0

Viral di media sosial, perkongsian pemilik akaun TikTok Abam Botak tentang seorang suami yang ‘menyusul’ pergi dua minggu setelah isterinya meninggal dunia.

Dalam video tersebut, Abam Botak merakam suasana sayu ketika pengurusan jenazah mendoakan agar Allah SWT melindungi anak-anak arwah yang masih kecil.

“Minggu lalu isterinya meninggal dunia, arwah yang hubungi saya untuk pengurusan jenazah isterinya. Saya tidak sangka si suami menyusul pula hari ini…”

Menurut laporan Sinar Harian, arwah yang dikenali sebagai Safry Roslan ditemui tidak sedarkan diri di rumah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan, Sabah.

Menurut adik arwah, Jefrie Roslan, abangnya tidur sekitar jam 12 malam dan beberapa kali mengigau hingga terpaksa dibangunkan. Jefrie berkata, arwah abangnya sering bermimpi dan mengigau sejak isterinya, Airyn Darwisa Rudy, meninggal dunia pada 30 Julai ketika melahirkan anak keempat mereka.

“Tidak lama kemudian, tiada kedengaran suara dia mengigau dan terus senyap. Kami pantau keadaannya tetapi dia seperti tidak sedarkan diri…”

“Dia sedar sekejap dan menarik nafas kemudian diam. Dalam tiga kali dia begitu…”

Pada waktu itu, dia mendapati abangnya kelihatan pucat, dan keluarga segera membawanya ke hospital. Setibanya di hospital, doktor memaklumkan bahawa keadaan abangnya kritikal dan mengesahkan kematian pada pukul 2.50 pagi.

Bercerita dengan lebih terperinci, abangnya kelihatan sihat pada hari Isnin yang lalu dan pergi bekerja seperti biasa. Namun, arwah dilaporkan menunjukkan tingkah laku yang aneh apabila sepanjang hari bersalaman, berpelukan, dan memohon maaf kepada rakan sekerja. Sebelum meninggal dunia, arwah juga sempat membawa keluarga keluar makan bersama dan meminta maaf jika ada melakukan kesalahan.

“Pada awalnya saya tertanya-tanya tetapi saya menganggap mungkin dia rindukan arwah isterinya. Pada malam sebelum dia ‘pergi’, kami bersembang dan dia bercerita arwah isterinya ada bertemu dan mengajaknya ke ‘rumah’ baharu mereka yang cantik…”

“Saya anggap mungkin arwah terlalu rindukan isterinya kerana selepas isterinya meninggal, dia kerap bermimpi dan mengigau…”

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleSuspek Kes Bunuh Bakar Ibu Bapa dan Anak Saudara Direman 7 Hari
Next articleAcara Pembukaan SUKMA SARAWAK Mendapat Perhatian Ramai, Lebih Hebat Dari Olimpik Paris

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here