in ,

Kerajaan mula haramkan berbogel dalam bilik hotel, jika buat akan didenda RM6,649

sinetronmalaya.com h11aram hote 11

Kerajaan haramkan berbogel di bilik hotel sendiri, bakal dipenjara jika buat. Hukuman denda akan dikenakan jika terdapat aduan bahawa penghuni hotel berbogel di dalam biliknya sendiri di Singapura, lapor portal berita The Sun kelmarin.

Jika seseorang melaporkan kepada pihak berkuasa bahawa terdapat penghuni yang berbogel di dalam bilik hotelnya, pesalah boleh dikenakan denda sebanyak S$2,000 (RM6,649) atau dipenjara selama tiga bulan di negara tersebut.

Ia adalah kerana perbuatan bogel tersebut dianggap sebagai tingkah laku lucah di bawah Akta Kesalahan Pelbagai (Ketenteraman Awam dan Gangguan) atau MOPONA di Singapura.

Sudah tentu, seseorang itu akan didapati bersalah jika perbuatan berbogel itu dilihat oleh orang lain dan ia menjadi pandangan umum. Justeru, tirai bilik hotel perlu ditutup dengan sempurna sekiranya penghuni tidak memakai seurat benang.

sinetronmalaya.com haram hote 11 1

Pada tahun 2009, seorang lelaki didenda S$2,600 (RM8,644) selepas dia berbogel di dalam flatnya sendiri. Perbuatannya yang tidak memakai sebarang pakaian dilihat oleh jirannya.

Singapura turut menguatkuasakan undang-undang melarang mengunyah gula-gula getah, memberi makan haiwan liar dan mencuri WiFi milik orang lain. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

BACA JUGA: “Seram ! Tempah Hotel, Tapi Rupa-Rupanya Tiada Penghuni….”-Dia Booked Dengan Siapa

BACA JUGA: Buang Bayi! Bayi Lelaki Ditemui, Dihurungi Kerengga Di Pahang

Sumber: OHVIRAL

Avatar of Joe Jambul

Written by Joe Jambul

Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sinetronmalaya.com Reaksi Allayharham Mael Sebelum Naik Ke Atas Pentas Buat Ramai Yg Sebak aaa

Reaksi Allahyarham Mael Sebelum Naik Ke Atas Pentas Buat Ramai Yg Sebak

sinetronmalaya.com Akhirnya Terbongkar Kenapa Harga Muntah Paus Cecah Jutaan Ringgit Ini Sebabnya. aaa

Akhirnya Terbongkar Kenapa Harga Muntah Paus Cecah Jutaan Ringgit, Ini Sebabnya..