Home Dunia Reaksi Allahyarham Mael Sebelum Naik Ke Atas Pentas Buat Ramai Yg Sebak

Reaksi Allahyarham Mael Sebelum Naik Ke Atas Pentas Buat Ramai Yg Sebak

162
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok janzola446, dan telah ditular baru-baru ini.

Allahyarham Syed Ismail bin Syed Ibrahim atau dikenali sebagai Mael XPDC merupakan bekas penyanyi bagi kumpulan rock terkenal pada era 90-an iaitu XPDC. Beliau dilahirkan pada 7 Mac tahun 1967, berasal dari Muar, Johor.

Anaknya, Sharifah Irfatasha telah mengesahkan bahawa beliau telah menghebuskan nafas terakhir pada 27 April 2023, sekita pukul 9:30 malam di Hospital Muar, Johor. Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Muar, Johor pada 28 April 2023 di sekitar jam 10:00 pagi. Menurut beberapa sumber, beliau meninggal dunia akibat daripada sesak nafas yang teruk. Namun, ia belum disahkan lagi oleh anggota keluarga.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Allahyarham Mael membuat penyediaan untuk menyanyi sebelum naik ke atas pentas dalam sebuah konsert. Reaksi Allahyarham juga telah menarik perhatian orang ramai dan membuatkan warganet sebak melihat raut wajahnya. Ada juga yang memberi pujian kepada beliau yang sentiasa usaha menyanyikan lagu untuk peminat-peminat nya.

Baca lagi: Dato’ Hattan ‘Sekolahkan’ Wartawan Ketika Siaran Langsung

Baca lagi: “Sebiji Macam Mael XPDC, Memang Jiwa Rock Lah Abang Ni..” – Netizen

Lihat klip durasi pendek reaksi Allahyarham Mael sebelum beliau naik atas pentas:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@CikSue: Ya Allah kesian nya tgok mael cuba nyayi mcm payah sgt tu tp aura roh xpdc tetap no 1 dihati peminat smue sporting

@letop82: dulu ramai yg kutuk die tak boleh mnyanyi dh. tp org tak tau derita penyakit die. sumber rezeki die dgn mnyanyi wlaupn tak sihat tetap digagahkn jgk

@KhaizamBoss: :80an 90an,,masuk,,sapa besa masa sekolah mesti ada lukis xpdc di kerusi bas mini. tampal poster.pergifunfair.buku,meja,kerusi,bag,,kita geng

@fairuz abc: walaupon die dh tk larat nyi die ade kt situ pon tk apa dh bertapa ikhlas dg peminat allahakbar.

@cik seri: sy minat abg mael dari dia mula2 nyanyi sampailah org ckp dia dh tak blh nyanyi sy ttp sokong dia bg sy dia yg terbaik

@Cik Su680: menitis air mata bila followers dia ikut sekali menyanyi tanda mereka sgt2 support arwah mail..mmg legend..aku pun boring2 bukak utube dgr lagu dia

@Meliza: orang baik ramai orang syg ..pengakhiran yang baik ,moga Husnul khotimah buat Abg mail

@Sharifah Samad513: ya allah sedihnya….dia tak siht tapi ttp nk teruskan…memg patut kau disayangi olih peminat….ya allah bahagialah dia disana…aamiinn.

@Mizz Dee : dia seorang dermawan… pergi dihari yg mulia Jumaat penuh barakah…. AL Fatihah

@mohamadikram93: bila dia pun dh x da..baru 1 mlysia tau..seblm nie bnyk org pertikaikan ckp dia dh x boleh menyanyi..tapi org x tau apa yg dia hadap..ramai org sebak

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleBuang Bayi! Bayi Lelaki Ditemui, Dihurungi Kerengga Di Pahang
Next articleKerajaan mula haramkan berbogel dalam bilik hotel, jika buat akan didenda RM6,649
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here