Home Viral “Kenapa kau nak libatkan Arwah Isteri Aku!! Lawyer tengah jalan kerja, kau...

“Kenapa kau nak libatkan Arwah Isteri Aku!! Lawyer tengah jalan kerja, kau tunggu…” – Shuib naik angin dikaitkan dengan Freemason

121
0

Menerusi laman Instagram milik shuibsepahtu telah menunjukkan ‘posting’ individu daripada platform Facebook yang telah memuat naik sesuatu mengenai kematian Allahyarham Siti Sarah dan Ahli ‘Freemason’.

Shuib yang telah memuat naik ‘screenshot’ tersebut, telah meluahkan rasa geram dan marah apabila individu tersebut telah menuduhnya sebagai Ahli Bawahan ‘Freemason’. Individu tersebut mengatakan bahawa Shuib telah memaksa Arwah isterinya untuk tidak mengambil vaksin ketika di musim Pandemik. Beliau turut mengatakan selepas kematian Arwah Siti Sarah, ibu-ibu mengandung di luar sana baru sedar dan terburu-buru untuk mengambil vaksin.

Individu tersebut turut mengatakan bahawa ‘Freemason’ telah menggunakan artis yang duduk dibawah mereka untuk mempromosikan vaksin Covid-19 dan artis-artis tersebut perlu menuruti walaupun terpaksa mengorbankan ahli keluarga mereka.

Shuib yang berang dengan kenyataan yang telah tular oleh individu tersebut telah memanggil individu tersebut untuk berjumpa dan bercakap di hadapannya. Beliau turut mengatakan bahawa peguam beliau sedang membuat kerja mereka untuk mencari individu yang terlibat tersebut.

Lihat posting Shuib di bawah:
photo 2023 07 03 12 28 48

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Instagram

Previous article“Kita bentuk family ni semula ya jangan pisah, aku sayang semua…” – Luahan hati Adik mangsa maut lemas Kepala Air
Next articleTerima Mesej Ajak Skandal, Sekali Respon Adira Buat Ramai Yang Setuju

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here