Home Isu Semasa “Kita bentuk family ni semula ya jangan pisah, aku sayang semua…” –...

“Kita bentuk family ni semula ya jangan pisah, aku sayang semua…” – Luahan hati Adik mangsa maut lemas Kepala Air

207
0

2 Julai 2023 – Semalam, berita mengenai sepuluh sekeluarga dikhuatiri lemas selepas penemuan mayat seorang wanita,Azizah Eiyi, 40 dan anak lelaki, Muhammad Zulqarnain Haikal, 11, menggemparkan penduduk di Kampung Laut, Pasir Gajah dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman.

Menerusi satu ‘posting’ di Facebook berita menyayat hati itu pastinya mendatangkan kesan mendalam buat keluarga mangsa terlibat seperti mana dikongsikan oleh adik Azizah iaitu Syawalluddin Eiyi, 29, sebaik mengetahui kejadian menimpa keluarga kakaknya.

Syawalluddin berkata, berita mengenai kejadian menimpa keluarga kakaknya sangat mengejutkan dan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Dia bagaimanapun masih berharap agar ahli keluarganya yang masih hilang dalam kejadian terbabit ditemui selamat.

Memetik laporan Sinar Harian, Syawalluddin berkata tujuh anak saudaranya termasuk paling kecil berusia lima tahun turut terlibat dalam tragedi tersebut.

“Kakak saya bersama suami pergi bermalam untuk berkelah ke situ bersama anak dan seorang lagi bakal menantu keluarga kami,”katanya.

Syawalluddin juga berharap agar dapat disatukan di ‘alam sana’ sebaik sahaja dilahirkan semula kerana dia sangat menyayangi mereka.

Lihat posting Facebook Syawalluddin:
Screenshot 2023 07 03 at 9.51.06 AM

photo 2023 07 03 11 31 18

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Facebook

Previous articleMasih Tak Beri Kerjasama Selepas 14 Hari Serah Notis, Sekali Ini Tindakan Pihak JPJ Terhadap Suami Fatin Afeefa
Next article“Kenapa kau nak libatkan Arwah Isteri Aku!! Lawyer tengah jalan kerja, kau tunggu…” – Shuib naik angin dikaitkan dengan Freemason

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here