Home Viral Katak hidup dalam bungkusan bayam di pasar raya ini

Katak hidup dalam bungkusan bayam di pasar raya ini

186
0

Katak hidup dalam bungkusan bayam di pasar raya ini.

Bagi mereka yang sering ke pasar raya untuk membeli barangan ‘basah’ seperti sayur, ikan mahupun ayam, pasti korang perasan yang akan ada barangan berkenaan yang dilabel “organik” dan biasanya akan dijual dengan harga lebih mahal.

Selain tidak menggunakan sebarang baja dan racun, ada yang memilih untuk bahan organik kerana ianya lebih segar dan ‘selamat’.

Walaupun kualiti bahan organik dan barangan yang dijual di pasar raya ini sentiasa berada dalam keadaan terbaik, kadangkala akan terlepas satu atau dua produk yang bermasalah.

Setidaknya itu yang terjadi kepada seorang wanita di Michigan, Amber Worrick yang sedang melakukan rutin mingguannya membeli barangan dapur apabila anaknya menjerit gara-gara ada ‘bahan’ lain dalam bungkusan bayam mereka.

Menceritakan semula apa yang berlaku, wanita berkenaan berkata dia mendengar jeritan anak perempuannya selepas membawa pulang sepaket bayam organik dari salah sebuah pasar raya di sana.
Tanpa membuang masa, Amber terus memeriksa bungkusan sayuran berkenaan dan mendapati terdapat seekor katak yang masih hidup di dalam bungkusan bayam tersebut.

Menurutnya, dia tidak melihat haiwan berkenaan semasa mengambilnya dari rak dan pada masa yang sama tidak pula merasakan sebarang pergerakan pada bungkusan bayam yang diambilnya itu.

Pun begitu, Amber telah memulangkan semula bayam berkenaan dan mendapat refund penuh terhadap pembeliannya tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat pembekal bayam berkenaan, amalan pertanian organik mereka membantu mempromosikan biodiversiti dan ekosistem yang sihat di dalam dan sekitar ladang syarikat milik mereka.

Dalam masa yang sama, mereka mendakwa usaha yang berterusan akan dijalankan bagi membekal sayuran yang segar dan berkualiti tinggi buat para pengguna.

Namun, menurut Amber syarikat berkenaan menjanjikan bahawa produk mereka telah dibasuh sebanyak tiga kali. Jadi ianya agak mustahil sekiranya selepas tiga basuhan yang didakwa syarikat tersebut, katak tersebut masih selamat dan ada dalam bungkusan.

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/20SZzuyFOq’ sec=’3′]

Previous articlePenumpang cemas sempat rakam enjin pesawat terbakar ketika di ruang udara
Next article‘Rezeki’ lelaki ini, mesin ATM rosak tiba-tiba keluarkan duit sebanyak RM10,000 semasa berdiri depan bank

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here