Home Viral Penumpang cemas sempat rakam enjin pesawat terbakar ketika di ruang udara

Penumpang cemas sempat rakam enjin pesawat terbakar ketika di ruang udara

130
0

Penumpang cemas sempat rakam enjin pesawat terbakar ketika di ruang udara. Seorang penumpang yang menaiki penerbangan Southwest Airlines merakam kejadian enjin pesawat yang dinaikinya terbakar di ruang udara, lapor laman berita Wion News semalam.

Video dirakam ketika pesawat tersebut dalam perjalanan dari Texas menuju Mexico. Api kelihatan keluar dari enjin pesawat ketika ia terbang di langit dekat Houston.

Saluran televisyen KHOU melaporkan, pesawat itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang William P. Hobby di Houston dalam perjalanan ke bandar Cancun petang Selasa lalu apabila enjin kanannya terbakar.

Pesawat kami mengalami masalah mekanikal sejurus selepas ia berlepas, kata syarikat penerbangan berpangkalan di Dallas itu dalam satu kenyataan rasmi.

“Pesawat itu mendarat dengan selamat dan dialih keluar dari perkhidmatan untuk pemeriksaan, ” jelas Southwest Airlines.

Video itu dirakam oleh seorang penumpang bernama Ricardo Garcia. Seorang jurutera mekanikal bernama Andrew Sandino, 38, turut menyaksikan kebakaran itu dari bawah.

“Saya melihat kepulan asap hitam keluar dari enjin kanan, ia kemudian mengeluarkan bola api besar,” katanya kepada portal NBC News.

Pesawat itu hanya berada di udara selama 16 minit sebelum ia membuat pendaratan cemas dengan selamat. Semua penumpang kemudian dipindahkan ke pesawat lain.

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/20SZzuyFOq’ sec=’3′]

Previous articleCakap Tak Serupa Bikin, Netizen Jumpa Video Lama Abang Tesla Beri Pesanan Tentang Suami Curang
Next articleKatak hidup dalam bungkusan bayam di pasar raya ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here