Home Viral ‘Rezeki’ lelaki ini, mesin ATM rosak tiba-tiba keluarkan duit sebanyak RM10,000 semasa...

‘Rezeki’ lelaki ini, mesin ATM rosak tiba-tiba keluarkan duit sebanyak RM10,000 semasa berdiri depan bank

142
0

‘Rezeki’ lelaki ini, mesin ATM rosak tiba-tiba keluarkan duit sebanyak RM10,000 semasa berdiri depan bank. Rakaman CCTV tersebar baru-baru ini menunjukkan sebuah mesin ATM rosak dan telah mengeluarkan beberapa ratus helai wang kertas, dipercayai bernilai RM10,000!

Video berdurasi 16 saat itu menjadi viral selepas dimuat naik di YouTube dan berjaya mendapat 250ribu tontonan hanya dalam masa 24 jam sahaja.

Di dalam video itu, seorang lelaki Melayu dilihat sedang menggunakan mesin ATM tersebut.

Bagaimanapun, ketika sedang menunggu wang yang ingin dikeluarkannya itu, beratus-ratus nota RM50 ‘dimuntahkan’ oleh mesin ATM tersebut. MEMANG WANG KERTAS SEBENAR.

Boleh dilihat di dalam video, lelaki Melayu itu terkejut, kemudian memandang sekeliling sebelum mengambil wang itu semua secepatnya.

Mesin ATM tersebut dikatakan mungkin rosak dan jumlah wang yang ‘dimuntahkan’ mesin itu adalah sebanyak RM10,000! Siapa tak terkejut weh kalau tiba-tiba jadi depan mata macam ni kan. Duit tuuuu!

Ramai yang terkejut dan terpukau dengan insiden yang berlaku kepada lelaki Melayu di dalam video ini (mestilah!).Walaupun lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti, netizen rata-rata mengekspreskan rasa terkesima mereka dan teruja jika insiden itu berlaku kepada mereka.

Sama ada lelaki Melayu itu menghubungi pihak pengurusan bank tentang kejadian ATM rosak ini atau tidak, ianya tidak dapat dipastikan.

Kalau jadi dekat korang, apa korang buat?

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/20SZzuyFOq’ sec=’3′]

Previous articleKatak hidup dalam bungkusan bayam di pasar raya ini
Next articleDatuk K Tiba Di Mahkamah, Dijangka Beri Keterangan Dalam Kes Zahid Hamidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here