Home Dunia Kamal Adli Kongsi Keadaan Terkini, Selepas Keluar Dari Hospital

Kamal Adli Kongsi Keadaan Terkini, Selepas Keluar Dari Hospital

132
0

Ahmad Kamal Ahmad Adli atau dikenali sebagai Kamal Adli merupakan seorang pelakon dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan pada 16 April tahun 1986, berasal dari Pekan, Pahang. Beliau juga merupakan salah seorang peserta Hero Remaja 2007/2008 dan menjadi juara di dalam program tersebut.

Kamal Adli pernah ditular gara-gara dipukul oleh seorang lelaki di mana beliau menyertai sebuah acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapura Expo, Singapura. Kamal Adli juga mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka akibat diserang menggunakan cota.

Kini, Kamal Adli tampil memberikan penjelasan mengenai situasi itu dan komen beliau.

Baca lagi: “Tak dapat offer pon…” – Kamal Adli sedih nama tidak dipanggil dalam filem Polis Evo

Baca lagi: “Seriau tengok dia angkat anak sulung macam tu, baru bersalin 2 hari lepas” -Netizen

Screenshot 2023 05 12 195604

“Paling tak seronok bila berjalan di bazaar ramadhan masa puasa, selang dua langkah sahaja memang akan pandang ke belakang dan benda tu terjadi sendiri” -Kata Kamal Adli

Kamal Adli mengatakan bahawa beliau masih trauma dengan kejadian tersebut. Kamal juga mengatakan apabila keluar sahaja dari rumah, beliau sentiasa ingin memeriksa dan berpaling ke belakang jika ada seseorang yang ingin mendekatinya. Beliau turut mengalami kemurungan sehingga tidak mahu berjumpa dengan orang luar. Namun disebabkan kerja dan ingin menguruskan pelbagai urusan beliau terpaksa keluar dan beranikan diri.

Lihat klip durasi pendek keadaan Kamal Adli terkini:

Netizen turut memberi kata-kata positif diruangan komen, yang mengatakan beliau seharusnya mengambil langkah berhati-hati jika bertemu dengan siapa-siapa sahaja kerana perkara sebegitu tidak dapat dijangka oleh orang ramai. Ada juga yang mendoakan semoga Kamal Adli diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: MStar

Previous articlePerniagaan Ali Puteh Semakin Maju, Kini Sedang Mencari Kedai Untuk Berniaga Atas Permintaan Pelanggan
Next articlePeminat Tak Sangka Meerqeen Boleh Menyanyi, Nyanyiannya Tarik Perhatian Ramai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here