Home Dunia Perniagaan Ali Puteh Semakin Maju, Kini Sedang Mencari Kedai Untuk Berniaga Atas...

Perniagaan Ali Puteh Semakin Maju, Kini Sedang Mencari Kedai Untuk Berniaga Atas Permintaan Pelanggan

273
0

Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh merupakan seorang pelawak, pengacara dan pelakon Malaysia. Beliau dilahirkan pada 30 Mac tahun 1989, berasal dari Gombak, Selangor. Ali Puteh juga merupakan adik kepada Allahyarham pelawak popular iaitu Abam Bocey. Beliau turut pernah ditular mengenai komplikasi dengan kakak iparnya iaitu Hidayah.

Ali Puteh kini sedang aktif berniaga pakaian kanak-kanak serta minyak wangi dan membuat ‘live’ di akaun Tiktok nya untuk menambah pendapatan. Bagaimanapun beliau tidak menyangka perniagaannya mendapat sambutan menggalakkan dan menerima komen yang positif dari pelanggan.

“Alhamdulillah, sambutan diterima sangat memberangsangkan sejak saya mula berniaga pada bulan puasa. Dan, alhamdulillah tiada sebarang masalah setakat ini” -kata Ali Puteh

Baca lagi: Ali Puteh Bengang, Netizen ‘Ejek’ Nama Bapa Ketika Dlm ‘Live’

Baca lagi: Anak Ketiga Memberontak Dan Enggan Keluar Bilik, Sekali Ini Reaksi Kak KM

Screenshot 2023 05 12 165715
Selain itu, Ali turut mengatakan beliau mengambil tindakan menjual pakaian kanak-kanak kerana lebih mudah apabila menggunakan media sosial serta beliau juga mempunyai anak kecil. Beliau juga mengatakan beliau meniaga pelbagai lagi barang namun lebih fokus kepada pakaian kanak-kanak dan minyak wangi ketika ini.

“Macam-macam saya jual sebenarnya. Cuma buat masa ini saya memfokuskan pakaian kanak-kanak dan minyak wangi” -kata Ali Puteh

Screenshot 2023 05 12 165735
Ali Puteh juga luah bahawa beliau masih menerima tawaran berlakon namun kurang jika mahu dibandingkan dengan dahulu. Beliau bersyukur dengan rezekinya untuk berniaga bagi menampung diri dan sekeluarga. Oleh itu, beliau turut berkongsi khabar baik di mana Ali Puteh kini sedang mencari lokasi bersesuain untuk membuka kedai sendiri atas permintaan orang ramai.

Netizen turut memberi komen yang positif diruangan komen, mengatakan boleh membuat simpanan untuk membayar saman oleh kakak iparnya di mana komplikasi mereka berdua yang lalu. Ada juga yang mendoakan beliau semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya.

Lihat apa kata orang ramai:

Rahadatul Rasyadah: Alhamdulillah..jika rezeki yg halal truskan usaha,smoga dipermudahka dn dmurahkan rezeki..cuma kalau live mlm2,jgn pakai laguni,mau sakit jntung yg mana tba2 trtengok live

Rizal Rodzuan: Alhamdulillah ada rezeki Ali, Dan rezeki anak sedara juga insyaallah dari duit saman tu

Jeff Izhwan: Teruskan bisnes..Semua org pun buat salah termasuk saya yg komen ni..Allah nak tengok pengakhiran kita bukan permulaan kita..Rezeki Allah atur,bukan netizen..Teruskan Ali utk bagi anak isteri makan

Zal Meres: support saja la geng .. yang berlalu biar la berlalu.. setiap manusia xpernah lari dari kesalahan . dia juga manusia . dia ada tangungan anak bini dia.. hidup mesti d teruskan.. semoga maju jaya ali puteh

Ahmad Cole: Bagus. Semoga bisnes bertambah maju dan boleh bayar hutang dkt kakak ipar.

Mohd Khairudin: Alhamdulillah rezeki, kaya nanti jangan lupa diri pulak

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohmymedia

Previous articleKreatif! Dua Pelajar Cipta Penghawa Dingin, Lihat Bahan-Bahan Yang Diguna Olehnya
Next articleKamal Adli Kongsi Keadaan Terkini, Selepas Keluar Dari Hospital
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here