Home Hiburan Peminat Tak Sangka Meerqeen Boleh Menyanyi, Nyanyiannya Tarik Perhatian Ramai

Peminat Tak Sangka Meerqeen Boleh Menyanyi, Nyanyiannya Tarik Perhatian Ramai

259
0

Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau dikenali sebagai Meerqeen merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan pada 4 Jun 2001, berasal dari Ampang, Selangor. Meerqeen juga merupakan anak saudara kepada seorang penyanyi dan juga seorang pelakon iaitu Safura Ya’cob. Meerqeen akuibanyak belajar daripada pengaman dan meminta pandangan, selain berpegang kepada Safura untuk terus berusaha dan tida meletakkan harapan tinggi dalam bidang hiburan.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Meerqeen menyanyikan lagu berjudul ‘Di Pintu Syurga’ oleh penyanyi aslinya iaitu Dayang Nurfaizah. Video klip ini juga telah ditular dengan nyanyian Meerqeen yang begitu merdu serta mendapat perhatian orang ramai. Sebelum ini juga beliau pernah mengeluarkan satu album lagu yang berjudul ‘Menunggu’ pada tahun 2022 di aplikasi Youtube.

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan nyanyian Meerqeen sememangnya merdu dan lunak apabila didengar. Ada juga yang meminta beliau untuk mengeluarkan album lagu yang kedua kerana nyanyian beliau telah mendapat perhatian ramai. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 67.9K penonton, 8334 sukaan dan 221 komen.

Baca lagi: Ratu Cuba Mengorat Meerqeen, Respons Meerqeen Buat Ramai Berdekah

Baca lagi: Anak Ketiga Memberontak Dan Enggan Keluar Bilik, Sekali Ini Reaksi Kak KM

Lihat klip durasi pendek nyanyian Meerqeen:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Thiena AndRian: meme segalanya diborong suara baguss, ganteng, good attitude, syg family, punya gf yg super cantikk. dah laa tu tinggal nikah jee

@user48832934409135: sedap suara. untung Anna..dah lah hensem,suara pun sdp..

@Thira: Suara tak pernah lah tak sedap Meerqeen ni

@Thira: Taknak second single, nak full album terus please

@AmeernaShauqeen2: dah boleh dah ni next single.. melting kita dengar suara awak mer

@jaja: hang ni dahla segak , suara sedap , semua boleh , apa yang takboleh ?!!!!

@normayatirashid: bestnya suara meme.. harap bada lagu baru dari.. rugilah suara meme sedap sgt2

@hailalee: terbaik meme! boleh keluarkan 2nd single pulak lepas ni

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleKamal Adli Kongsi Keadaan Terkini, Selepas Keluar Dari Hospital
Next articleSeorang Lelaki Temui Duit Syiling Emas Di Sawah Padi, Tak Sangka Nilainya Hampir RM4 Juta
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here