Home Netizen Kalau Sis Jadi Parent Pengantin Dah Minta Ganti Rugi-Pelamin Roboh Budak Main...

Kalau Sis Jadi Parent Pengantin Dah Minta Ganti Rugi-Pelamin Roboh Budak Main Lari2

228
0

Di musim perayaan ini kebanyakan pengantin mengambil peluang dengan mengadakan majlis persandingan.

Baru sahaja semalam tular sebuah video di halaman tiktok di mana situasi dalam rakaman memperlihatkan suasana sebuah dewan yang haru-biru akibat daripada pelamin pengantin di situ telah roboh. Berdasarkan sumber, difahamkan terdapat beberapa orang budak kecil yang seronok bermain lari-lari sehingga mengakibatkan pelamin pengantin tersebut roboh.

Menerusi video yang dipaparkan di tiktok tersebut, dapat dilihat pengantin lelaki sedang menahan backdrop pelamin yang seakan mahu tumbang dan ketika itu dapat dilihat beberapa orang ketika itu sepertinya sedang bersedia untuk mengambil gambar beramai-ramai bersama pasangan pengantin tersebut di atas pentas. Rakaman yang berdurasi tidak sampai satu minit itu telah dirakam oleh salah seorang tetamu yang ketika itu melihat situasi tersebut.

Situasi tersebut telah mendapat perhatian netizen di media sosial dan masing-masing memberikan pendapat masing-masing berkenaan situasi tersebut di ruangan komen.

Lihat video di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen netizen :

@aurora_alqadri : mak saya cakap saya ni lasak…jadinya kenduri2 sampai umur 4-5 tahun baru dia bawa

@faiezliana : Ramai yg lupa adab bertamu ke majlis org skrg ni

@shy_tone : mak ayah busy main telefon

@sue.nana.851 : Akak mmg takleh brain kalau parent takleh control anak langsung ni.beribu org bayo wei..jahanam sbb kecuaian kita.Allah…naya majlis org

@geefilda : kalau acik mmg jerkah kat situ peduli kan la nak terasa hati

Ibubapa yang membawa anak-anak kecil sepatutnya memantau anak mereka supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleBaru Sahaja Shuib Sah Bertunang, Sekali Ada Yang Perasan Sesuatu Pada Bapa Mertua Nya
Next articlePengotor Betul Masuk Malaysia Buat Onar-Rakaman Kencing Merata Tarik Perhatian Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here