Home Info Kakak Asif Suhaimi Bongkar Pasal Bapa Nya, Sekali Ayat Dia Buat Ramai...

Kakak Asif Suhaimi Bongkar Pasal Bapa Nya, Sekali Ayat Dia Buat Ramai Tak Sangka

260
0

Mohamad Asyiff Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Asif merupakan seorang pelakon dan selebriti Youtube Malaysia. Beliau dilahirkan pada 18 Julai tahun 2002, berasal dari Kelantan. Beliau juga dikenali menerusi kerjasamanya bersama sepupunya iaitu Syahmi Sazli.

Mula menempa populariti luar biasa sebagai pelakon dalam slot Drama Spontan yang dihasilkan oleh sepupunya, Syahmi Sazli menerusi aplikasi Youtube.

Screenshot 2023 06 21 163032

Asif menghidapi autisme separa dan merupakan anak sulung yang mempunyai seorang adik lelaki bernama Asyraff, hasil daripada perkahwinan keepat bapanya. Beliau mempunyai tujuh adik-beradik yang berlainan ibu.

Baru-baru ini kakak kepada Asif Suhaimi iaitu Siti Nur Atina tampil membuat pendedahan mengenai tindakan bapanya yang menggunakan duit hasil kerja Asif untuk kegunaan yang tidak baik.

Screenshot 2023 06 21 171720

Atina menyatakan bahawa bapanya telah menggunakan duit adiknya, Asif untuk membeli dadah dan juga bermain judi.

Beliau juga mengatakan perkara ini sudah lama dipendam tetapi makin lama tidak boleh lagi menahan dengan sikap bapanya, yang kini membuat fitnah dan menyebarkan perkara yang tidak benar di media sosial mengenainya kerana tidak mendapat wang yang cukup daripada gaji diperoleh Asif.

Screenshot 2023 06 21 171832

Ujarnya, angka RM7,000 yang diterima dari Syahmi itu tidak sepenuhnya diberikan kepada bapa mereka kerana boleh dikatakan satu kampung dan juga ahli keluarga tahu mengapa perkara tersebut dilakukan.

Atina juga mengatakan lagi RM3,000 baki selepas sebahagiannya diberi kepada bapa telah digunakan untuk keperluan Asif.

Screenshot 2023 06 21 171859

Beliau turut mengatakan perkara ini bukan kali pertama terjadi, kerana pernah berlaku sekitar tahun 2019 apabila bapanya memaksa Asif untuk mengugut Syahmi supaya memberikan gaji sedangkan bukan waktu menerima pembayaran lagi.

“Aku dah cukup sabar, tapi harini maafkan aku. Biarlah aku berdosa buka aib bapak sendiri daripada aku terus kena fitnah berkali-kali dan lagi”

Screenshot 2023 06 21 171924

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohmymedia

Previous articleJumpa Duit Di Airport Sebanyak RM10 Juta, Reaksi Wanita Ini Buat Ramai Yang Tak Sangka
Next articleAkhirnya Lelaki Tumbuk Budak 7 Eleven Ditangkap, Kenyataan Polis Buat Ramai Terkejut
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here