Home Info Akhirnya Lelaki Tumbuk Budak 7 Eleven Ditangkap, Kenyataan Polis Buat Ramai Terkejut

Akhirnya Lelaki Tumbuk Budak 7 Eleven Ditangkap, Kenyataan Polis Buat Ramai Terkejut

309
0

Baru-baru ini tular satu video klip di media sosial, di mana memaparkan seorang pekerja kedai serbaneka yang berusia 17 tahun telah ditumbuk oleh lelaki mabuk.

Kejadian tersebut berlaku di 7-Eleven Bandar Rinching, Kajang, Selangor, pada isnin malam. Mangsa ditumbuk selepas menegur pelaku yang mengambil tiga batang payung tanpa membuat sebarang pembayaran.

Screenshot 2023 06 21 200737

Ketua Polis Daerah Kajang iaitu Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan mengatakan dua lelaki berusia 31 dan 32 tahun ditahan di dua lokasi berbeza iaitu di Seremban, Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor antara jam 11.30 hingga 12.30 tengah hari tadi.

Beliau turut mengatakan telefon bimbit kedua-dua lelaki tersebut telahpun dirampas bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, suspek masing-masing mempunyai satu rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah”

Selain itu, kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan sekiranya disabit kesalahan.

Screenshot 2023 06 21 200641

Difahamkan, pada mulanya kedua-dua suspek ingin membeli minuman di premis tersebut sebelum salah seorang bertindak mengambil tiga payung tanpa mahu membuat sebarang pembayaran.

Berang akibat ditegur pekerja kedai serbaneka itu, suspek bertindak menumbuk muka mangsa sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital selain membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohmymedia

Previous articleKakak Asif Suhaimi Bongkar Pasal Bapa Nya, Sekali Ayat Dia Buat Ramai Tak Sangka
Next articleKelihatan Jin Tengah Solat , Ramai Hairan Rupa Dan Ketinggian Sebenar
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here