Home Viral Isu Langgar Kontrak dan Bayaran Ganti Rugi RM200,000, sekali A.Aida Persoal Sikap...

Isu Langgar Kontrak dan Bayaran Ganti Rugi RM200,000, sekali A.Aida Persoal Sikap Amelia Henderson

383
0

Penerbit Sensasi, Datuk A,Aida mempersoalkan tindakan pelakon Amelia Henderson yang masih berkeras tidak mahu membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kes melanggar kontrak sebuah drama miliknya.

Sebelum ini, Mahkamah telah menetapkan Amelia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap syarikat A.Aida Productions Sdn Bhf pada 7 April lalu.

Susulan itu, Amelia memfailkan rayuan dan menurut peguam, Ashmadi Othman mewakili A.Aida mereka sedang berada dalam proses ‘review’ untuk menetapkan tarikh rayuan pelakon tersebut. A.Aida
atau nama penuhnya Zaidah Awang berkata pihak Amelia seakan tidak menghormati keputusan mahkamah. Beliau juga meluahkan rasa pelik terhadap pelakon tersebut yang seakan sukar membuat permohonan maaf dan menurunkan video.

“Sebenarnya kalau nak kira, saya frust dan kecewa juga sebab sampai sekarang saya masih menunggu bila pihak belah sana hendak membuat permohonan maaf dan take down video memfitnah saya dan syarikat…” – A.Aida

“Bagi pihak sana tu seperti tidak menghormati keputusan pihak mahkamah yang telah memihak kepada saya. Sampai sekarang saya masih menunggu dan sabar, jadi saya pun dah berbincang dengan peguam saya. Tapi saya pelik kenapa susah sangat ke nak buat permohonan maaf? Saya difahamkan oleh peguam saya dia tiba-tiba buat rayuan takkan lah permohonan maaf pun nak buat rayuan ya Allah ya Tuhanku fikir-fikir sendirilah…” – Katanya

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]

Previous article“Nasib Baik Tak Kena Sondol..” – Tengah Makan Tiba-Tiba Lembu Masuk Kedai Makan
Next articleTidur Tak Lena Fikir Hadiah, sekali Bell Ngasri Terkaku Terima Kereta Mini Cooper Bernilai RM200,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here