Home Viral Tidur Tak Lena Fikir Hadiah, sekali Bell Ngasri Terkaku Terima Kereta Mini...

Tidur Tak Lena Fikir Hadiah, sekali Bell Ngasri Terkaku Terima Kereta Mini Cooper Bernilai RM200,000

215
0

Pelawak dan pelakon Bell Ngasri meluahkan rasa syukur apabila dihadiahkan sebuah kereta jenis Mini Cooper bersempena kemenangannya selaku Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35).

Dapat Mini Cooper

Ketika ditemui OhBulan!, Bell berkata dia amat terkejut apabila dihadiahkan kereta tersebut serta berterima kasih kepada pihak penaja iaitu DTC Motor Sdn. Bhd.

Terima kasih sangat-sangat, saya tidak sangka kereta yang saya idamkan akhirnya menjadi milik saya. Terima kasih kepada pihak penaja DTC Motor dan Ferma kosmetik.

Saya terkejut sangat bila dapat sebuah kereta yang semua orang tahu sangat selesa dan sporty. Kereta idaman saya dan isteri saya juga.

Terus terang tak cukup tidur fikirkan hadiah kereta ini, saya tidak kisah pun jenis kereta yang diberikan. Dapat kereta kecil pun saya terima sahaja.

Bell berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan kereta berkenaan yang berlangsung di DTC Carlifestyle, Ampang pada Isnin.

Sementara itu, pemilik DTC Motor Sdn. Bhd, Afendy Wahid mendedahkan nilai harga kenderaan empat tayar tersebut mencecah RM200,000.

Terima kasih kepada pihak radio Hot FM iaitu segmen Bekpes Hot yang menyuarakan untuk mencari mana-mana penaja agar berikan hadiah kepada Bell.

Untuk saya kongsikan nilai harga kereta tersebut mencecah RM200,000 termasuk road tax dan insurans.

Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada Bell a.k.a Barkorba di atas kemenangannya. Terima kasih jugak kepada Hot FM kerana beri peluang kepada kami untuk berikan hadiah.

Hot FM cari sponsor, kebetulan saya dan beberapa rakan office berbincang untuk hadiahkan Bell kereta memandangkan tiada yang ke depan berikan dia hadiah, sebab itu kami berbesar hati ingin hadiahkan Bell kereta.

Terdahulu Bell diangkat selaku pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 35 yang berlangsung di Istana Budaya, 21 Jun lalu. Selain memenangi trofi utama, pelawak itu turut membawa pulang trofi Pelakon Komedi Popular.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]

Previous articleIsu Langgar Kontrak dan Bayaran Ganti Rugi RM200,000, sekali A.Aida Persoal Sikap Amelia Henderson
Next articleLuah Dugaan Yang Dihadapi Bersama Memey Suhaiza, sekali Kenyataan Norman Hakim Buat Ramai Tersedu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here