Home Info 16 Orang Terpaksa Kira Duit Simpanan, Sekali Jumlah Duit Yang Dikumpul Warga...

16 Orang Terpaksa Kira Duit Simpanan, Sekali Jumlah Duit Yang Dikumpul Warga Emas Ini Buat Ramai Yang Tak Sangka

226
0

Menabung memang banyak kelebihannya. Biarpun sekecil-kecil nilainya, bila dikumpul dan disimpan boleh menjadi jumlah yang banyak.

Seorang wanita warga emas yang berusia 81 tahun, berasal dari Padang Kaduduak di Payakumbuh Utara Sumbar, Sumatera Barat.

Namun, siapa sangka dengan hanya bekerja sebagai pencuci pinggan, dia mampu menyimpan wang berkarung-karung di rumahnya sehingga memerlukan seramai 16 orang untuk mengiranya.

Pada awalnya, Biyok yang tinggal sendiri dan tidak berkahwin menerima kunjungan Musleniyetti untuk membantunya mengemas pakaian hasil sumbangan orang ramai.

Screenshot 2023 06 17 214919

Namun, ketua kampung itu terkejut apabila menemui banyak karung berisi wang antara 100 rupiah (RM0.02 sen) sehingga 100,000 rupiah (RM28) di rumah itu.

Tribunnews melaporkan oleh kerana wang yang disimpan terlalu banyak, Musleniyetti terpaksa meminta bantuan orang lain untuk sama-sama mengira duit itu.

Selepas barang-barang dikeluarkan, mereka menemui wang berselerak di rumah warga emas berkenaan.

“Pada mulanya lapan orang membantu mengira wang berkenaan sebelum ditambah menjadi 16 orang”

Screenshot 2023 06 17 215620

“Duit ada di merata-rata, di lantai, dalam lipatan kain, bawah bantal dan tilam”

Katanya, mereka mengambil masa seharian untuk mengemas rumah Biyok dan turut menjumpai waang kertas lama dan baharu. Menurutnya, mereka mengambil masa lama untuk mengumpulkan wang berkenaan sebelum dikira.

“Kita masih mengumpulnya. Ada lagi lima karung yang belum dikira, setakat ini yang sudah kira adalah wangnya berjumlah 80 juta rupiah (RM23,000)”

Tak sangka wanita warga emas ini mampu mengumpul duit sebanyak itu, iyalah bila dah terlalu lama menyimpan memang kita pun dah tak ingat berapa jumlah yang dikumpul itu.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: InfoRakyat

Previous articleDuit Syiling Terlalu Banyak? Ikuti Cara Mudah Tukar Duit Syiling Guna Mesin Di Bank
Next articleDisebabkan Takut Hidup Miskin, Wanita Sanggup Rahsiakan Kematian Ibu Untuk Dapat Duit Pencen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here