Home Netizen “Dah sehabis baik pujuk nenek dgn atuk ni, tpi tak nak keluar...

“Dah sehabis baik pujuk nenek dgn atuk ni, tpi tak nak keluar rumah jgk” -Netizen

119
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok kepalatimon2, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan dua orang lelaki yang sedang memujuk pemilik rumah yang diduduki dua orang warga emas untuk keluar dari rumah dengan segera kerana air banjir semakin naik. Namun reaksi dua warga emas ini enggan memberi kerjasama kepada penyelamat. Oleh itu, video klip ini juga telah menarik perhatian ramai.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan orang tua sememangnya enggan untuk keluar daripada rumah kerana lebih selesa berada di rumahnya sendiri. Ada juga yang mengatakan apabila berlaku situasi seperti ini, akan melambatkan pasukan penyelamat untuk bantu orang ramai yang dalam keadaan susah akibat banjir. Perkongsian video klip ini juga telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 108.6K penonton, 4322 sukaan dan 307 komen.

Pemilik akaun ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:

“Dah sehabis baik pujuk nenek dan atuk, eh tetap taknak keluar”

Baca lagi: “Sedih Tengok Lembu Yg Hampir Lemas”-Ustaz Ebit Lew Bantu Lembu Yg Terperangkap Dlm Banjir

Baca lagi: ‘Banjir Di Johor’- Seorang Lelaki Sanggup Gadaikan Nyawa Di Tengah Arus Deras Demi Bagi Orang Makan

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Ji rempit sikit: setengah org tua mmg susah nak tinggal rumahnya . g jalan pun . nanti fikir ayam kat rumah dh makan belum

@slurpee milo: itu mak ngan ayah sayaa ya allahhh , saya dah pindah pps tapi mak ayah saya taknakk

@yuslindayusof76: Betul2 bazir masa..ramai lg yg perlukan bantuan.

@adlna: sikit tips utk orang tua taknak pindah ; ugut cakap kalau cik tak naik dengan kitaorang kejap lagii bomba polis askar yang datang amik lagi susahh

@Siti: sbnrnya mereka syg sgt nak tinggalkan rumah mereka,pujuk mereka dgn cuba ckp klu air dh surut, pakcik makcik org 1st yg kami akn htr balik.

@Eda’Nur’Haida: Ye sy faham sgt .. mak bapak yg dh berumur ni bukan apa xnak sshkn ank2 n sape2 .. Mudah²an sume selamat

@Sha Wawa: Allahuakhar..bokde pakde..semoga segalanya dipermudahkan..amiin..

@kicaplipas_: Bawalah anak anak dorang datang pujuk kalau belum berhasil bawa ke pps , Mungkin boleh berlembut hati. Semoga dipermudahkan segala urusan semua

@Aimuni Mun | Gadjet Rmh Idaman: mak abah saya kt kg pun xnk pindah.. dah buat para nk stay rmh je

@Ummu aryan: ingat lagu masa banjir hulu langat.masatu suami first team masuk ikut bomba dan cuba keluar kan org seramai mampu.ada nenektu dia berkeras tanak kelua

@rienafairul: org tua mcmtu lh … bertabh je lh kite sume.. bukn die Je mcmtu…ramai mak ayah org lain mcmni..kite ank2 kdg susah nk bace ati org tua ni..

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Jadi Model Pun Masuk Air, Siap Buat ‘Hair Flip’. Berdekah Aku Tengok Ryan Bakery Ni..” – Netizen
Next article“Baru Darjah 4, Tapi Matang Betul Suara Dia. Sebiji Macam Aina Abdul..” – Netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here