Home Viral Belasah Krew Produksi, sekali Pekin Ibrahim Dedah Krew Intai Pelakon Wanita

Belasah Krew Produksi, sekali Pekin Ibrahim Dedah Krew Intai Pelakon Wanita

575
0

Pekin Ibrahim pukul krew produksi?

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Pekin Ibrahim telah menangkap salah seorang krew produksi ketika penggambaran filem ‘Cerana Biduk Bu Merah’ beberapa tahun yang lalu.

Ketika ditemui Media, pelakon berusia 41 tahun itu berkata, sebab dirinya memukul krew produksi tersebut adalah kerana individu berkenaan telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya iaitu mengintai salah seorang pelakon tambahan bagi filem itu.

“Saya tumbuk seorang krew produksi sebab dia mengintai pelakon tambahan bagi filem ini. Saya memang bantai budak tu…”

“Yang bestnya bila kita nak tangkap dia tu, dia buat-buat solat. Dia siap ajak, ‘Bang solat bang?’ Kepala hotak dia nak solat kan?…”

“Tak silap saya dia tukang buat air, dia kantoi mengintai dan rakam pelakon tambahan tu. Saya telefon pengarah dan beritahu mengenai hal ini tapi sebelum tu memang saya pukul dia dulu…”

“Sepanjang saya berlakon ni, terus terang saya cakap saya tak pernah pukul orang tapi itulah pertama kali saya memukul orang. Kemudiannya sebab saya je yang ada di tempat kejadian waktu itu…” – Pekin Ibrahim

Ketika ditanya mengenai kejadian tersebut, Pelakon filem ‘Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit’ itu memaklumkan bahawa mangsa yang diintai menghubungi pembantu peribadi Pekin yang dikenali sebagai Botak dan meminta pertolongan selepas mendakwa krew tersebut mengintainya.

“Mangsa menghubungi Botak beritahu yang kru produksi tu ada di rumah yang disediakan untuk pelakon wanita. Dan ketika kejadian yang ada cuma pelakon dan kru tersebut sahaja…” – Pekin Ibrahim

“Yang peliknya, kru tu daripada set yang agak jauh pergi ke rumah tu sebab katanya nak tumpang solat sedangkan rumah lelaki pun ada disediakan pihak produksi…” – Katanya

“Jadi bila sampai tu saya tanya dia buat apa di sini. Dia kata nak solat dan siap ajak tapi saya bagi dia solat dulu. Lepas je dia habis solat, saya minta telefon dia tapi dia tak nak bagi…” – Katanya lagi

“Saya perasan yang dia macam nak padam sesuatu dari dalam telefon dia, lepas itu memang dia kena lah dengan saya dan terus buat laporan polis…” – Tambahnya

Pekin berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem ‘Cerana Biduk Bu Merah’ yang diadakan di TGV Aeon AU2, Keramat pada Jumaat malam.

Sementara itu, pengarah filem ‘Cerana Biduk Bu Merah’, Haizul Anafer Ali turut berkongsi mengenai kejadian itu kepada OhBulan! Menurut Haizul kru produksi tersebut kemudiannya ditahan reman selama tiga hari oleh pihak polis sebelum dihantar pulang ke Kuala Lumpur.

“Itu satu perkara yang tidak patut dilakukan kru tersebut. Kalau betul suka bagitahu kan? Tak perlu nak berbuat demikian…” – Pengarah Filem

“Memang dipukul budak tu dan telah dimasukkan dalam penjara selama tiga hari. Kami pun tak bagi dia keluar sebab takut dia akan apa-apakan kita pula lepas itu…” – Tambahnya

“Selepas tiga hari pihak polis terus hantar kru tersebut ke Kuala Lumpur dan dia diberhentikan serta-merta…” – Tambahnya lagi

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Siapa Sangka Rumah Tangga Yang Mulanya Dibina Penuh Ribut Taufan, Tsunami Akhirnya Allah Bagi Kegembiraan Dan Kehormanian..” – Alyah
Next article“Menangis Zakiah Anas Tengok Video Ni..” – Lakonkan Pengacara Berita 999 Raih Perhatian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here