Home Hiburan “Siapa Sangka Rumah Tangga Yang Mulanya Dibina Penuh Ribut Taufan, Tsunami Akhirnya...

“Siapa Sangka Rumah Tangga Yang Mulanya Dibina Penuh Ribut Taufan, Tsunami Akhirnya Allah Bagi Kegembiraan Dan Kehormanian..” – Alyah

233
0

Pasangan penyanyi terkenal, Alyah sertai pemuzik terkenal, Datuk Ramli Ms menggemparkan Malaysia suatu ketika dahulu apabila mereka mengumumkan yang mereka sudah bernikah. Ramai yang mengecam dan mengeji, hal ini kerana jarak umur mereka yang begitu jauh. Namun alhamdulillah, rumah tangga yang awalnya penuh dugaan akhirnya temui kebahagiaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Alyah berkongsi mengenai pendapatnya itu sewaktu menjawab pertanyaan daripada netizen ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.Alyah berpendapat untuk memperoleh keharmonian dalam rumah tangga, seseorang itu perlu menukar niatnya daripada mencintai pasangan kepada mencintai Allah.

“Saya sentiasa berdoa dan siapa sangka rumah tangga yang mulanya dibina penuh ribut taufan, tsunami dan pelbagai lagi, tetapi akhirnya Allah bagi kegembiraan dan kehormanian rumah tangga..”

“Kerana apa? Pertama sekali mesti niat berkahwin untuk mencintai pasangan kan, tapi diuji dengan banyak sangat masalah, itu sebenarnya tanda dari Allah untuk datang kepada-Nya..”

“Tukarkan arah itu, daripada mencintai suami bagai nak mati, perlu lebih mencintai Allah. Jadi saya ubah arah itu, setiap hari saya mendengar dan membaca untuk tambahkan ilmu dan kurang main media sosial. Akhirnya bahagia..”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Tambahan lagi, Alyah berkongsi yang dia mengambil pendekatan untuk tidak selalu berkongsi mengenai hal rumah tangga dalam media sosial.

“Saya tahu bila banyak sangat berkongsi tentang rumah dalam media sosial tidak semua orang akan suka, akan ada orang yang tidak berpuas hati. Keharmonian dalam rumah tangga itu lebih penting..”

“Tidak perlu beritahu semuanya pada orang, saya sendiri pernah buat kesilapan itu. Kesilapan itu yang buat saya belajar, tidak boleh buat sebegitu lagi apatah lagi umur semakin meningkat..”

Alhamdulillah, min doakan moga ikatan perhubungan Alyah dan Datuk Ramli Ms terus utuh hingga ke jannah.

Previous articleAnggap Benda Kecil Saja Isu Kedai Makan Mahal, sekali Mawi Luah Laporan Polis
Next articleBelasah Krew Produksi, sekali Pekin Ibrahim Dedah Krew Intai Pelakon Wanita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here