Home Kisah rakyat “Akibat Slip Disc Yang Teruk” – Pesakit Sembuh Setelah Menjalani Rawatan Terapi

“Akibat Slip Disc Yang Teruk” – Pesakit Sembuh Setelah Menjalani Rawatan Terapi

243
0

Slip disc merujuk pada penyakit yang berlaku bila mana disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asal. Ia mengakibatkan tekanan pada saraf tunjang, lalu menyebabkan rasa sakit berdasarkan saraf yang terjejas. Disc tulang belakang berfungsi sebagai pelapik di antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan, lalu membenarkan pergerakan antara tulang belakang berlaku. Masalah slip disc berlaku apabila struktur luarnya terkoyak, lalu menyebabkan struktur dalam terkeluar dan menekan saraf. Ia merupakan kecederaan pada tulang belakang yang sering berlaku bukan sahaja pada golongan yang berusia, malah turut terjadi di kalangan orang muda.

Baru-baru ini tular di tiktok @ciknajatherapistouch di mana terdapat serorang pesakit yang katanya terpaksa memakai tongkat berikutan dengan kakinya yang lemah. Menurut pemilik video tersebut yang juga seorang ahli terapi berkata, pesakit tersebut dilihat melalui cara dia berjalan bukan seperti kita manusia yang biasa ini. Hal demikian kerana, pinggul budak perempuan itu ternaik teruk dan menyebabkan kaki menjadi pendek sebelah dan bahu menjadi senget.

“MasyaAllah alhamdulillah. Terima kasih Cik Naja utk treatment semalam. Terus mcm dpt pinggang baru”

Namun , setelah mendapatkan rawatan terapi dari dia sendiri, dapat dilihat di akhir video budak perempuan itu sudah tidak perlu menggunakan tongkat untuk berjalan.

“Akibat slip disc yang teruk..Semua dengan izin Allah”

Begitulah caption yang tertluis pada video tersebut.

Lihat video penuh di bawah ;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@Niena : Teringin.. Tp at the same time takut hahaha

@Rahimah Ima3112 : sya pernah kena strok sebelah kanan full pada 2015 Alhamdulillah sya dh bolh berjln semula setelah 2 bulan..tpi kaki kanan jadi pendek dn bahu jatuh

@Mohamad Idris Yassin : Berikanlah kebaikan kepada siapa sahaja yang hampir denganmu. Nescaya kebaikan sentiasa menghampirimu!

@Rulieza : sy pon ada mslh sma..tp masih lom de rezki nk buat rwtn….

@YeppeunJangmi : ketagih tau buat body alligment ni. Sy buat 2 kali masa pregnant, lega sgt2..nk beranak pon mudah sb terapist betulkn blkg n kddkn bby

@Kak..eyzazah : Wow nie baru betul wanita yang berhijab boleh datang buat rawatan.. X lah rasa malu ye..
Ade rezeki nak bawak mak saya..

Baca juga : Meraung Kesakitan Disebabkan Slipped Disc – Sakit Hanya Tuhan Je Tahu

Baca juga : Langgar Lari, Netizen Risau Lihat Reaksi Wanita Ini Menahan Sakit

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Tiktok dan Instagram

Previous articleBurung Kencang Berkicauan, Anjing Melolong Beri Amaran Petanda Sebelum Gempa Bumi Di Turkiye
Next articleInfluencer minum segelas cuka epal kerana mahu kurus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here