Home Kisah rakyat Meraung Kesakitan Disebabkan Slipped Disc – Sakit Hanya Tuhan Je Tahu

Meraung Kesakitan Disebabkan Slipped Disc – Sakit Hanya Tuhan Je Tahu

133
0

Slip disc merujuk pada penyakit yang berlaku bila mana disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asal. Ia mengakibatkan tekanan pada saraf tunjang, lalu menyebabkan rasa sakit berdasarkan saraf yang terjejas. Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah ini boleh menyebabkan lumpuh. Masalah slip disc berlaku apabila struktur luarnya terkoyak, lalu menyebabkan struktur dalam terkeluar dan menekan saraf. Ia merupakan kecederaan pada tulang belakang yang sering berlaku bukan sahaja pada golongan yang berusia, malah turut terjadi di kalangan orang muda.

slip disc 1

Semalam tular di tiktok milik @bohjankl di mana rakaman video mendapati seorang lelaki terbaring di hadapan pintu masuk. Awalnya pemilik menyangka lelaki tersebut mabuk namun tekaan tersebut salah apabila dia mendekati lelaki terbaring tersebut dan mendapati lelaki tersebut terkena slipped disc.

Lihat klip video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Pada akhir video tersebut kelihatan Pihak HKL dan pegawai keselamatan yang turut sama membantu lelaki tersebut.

Lihat juga apa kata warganet :

@SuriHana : Ye betul.. akk kena slip disc.. sakit yakmat. Dduk sakit, baring sakit. Serba tak kena. Syukur dah pulih walau bkn 100%

@Mika : semoga bro ni cepat sembuh .sakitnya slip disc ada yg smpai tak boleh jalan bertahun

@it’s me mazura : mujurla kebetulan terjumpa dia . sakitnya dia mesti x tertahan sampai menangis mcm tu..tolak tepi dah malu semua tu..terima kasih bantu adik tu

@ciknajabone : Sy pernah dapat urgent call patient tiba2 jatuh macam ni..symptoms slip disc kena alert, kaki atau tgn kerap kebas, movement semakin tak flexible

@Mama si Hana : sy terseliuh jer pun rs mcm dh nk lumpuh separuh bdn.. huhu.. azab sungguh wpun bkn slipped disc

Rata-rata komen menyatakan bahawa sakit slip disc merupakan antara sakit yang paling azab dan netizen juga ada menceritakan pengalaman masing-masing berkaitan slip disc yang dialami oleh orang sekeliling.

Masalah slip disc sememangnya memerlukan perhatian dan pemeriksaan awal untuk mengelakkan komplikasi yang teruk pada masa akan datang. Disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan yang berkala di klinik berdekatan supaya kes seperti ini dapat dielakkan.

Baca juga : Pekerja Bangla Mengadu Sakit Perut, Sekali Doktor Tergamam Apabila Tahu Identiti Nya

Baca juga : “Sakit Bukan Penamat, Sakit Buah Pinggan Tahap 4 Tapi Tetap Kuat..” – Nyanyian Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Tiktok dan Instagram

Previous articlePelajar Kecewa Dadih Yg Dijual 25 Bekas, Hnya Dpt Rm8
Next article“Boleh Pula Axia Buat 360 Kat Situ”- Rakaman Dashcam Tarik Perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here