Home Sedih Ajai menangis buat kali pertama terkenang arwah Siti Sarah

Ajai menangis buat kali pertama terkenang arwah Siti Sarah

235
0

Ajai atau nama sebenarnya Muhammad Faizal bin Maas merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penggubah lagu dan penerbit album yang cukup terkenal di Malaysia. Ajai juga merupakan satu daripada juri yang ada di dalam rancangan ‘All Together’.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik ramlanbinhassanra menunjukkan Ajai yang sedang memberikan komennya kepada seorang peserta yang memberikan persembahan dengan menyanyikan lagu yang bertajuk Kesetiaan milik Arwah Siti Sarah. Klip video tersebut menunjukkan Ajai yang berair air matanya kerana mengenangkan arwah Siti Sarah. Ajai juga mengatakan bahawa beliau tidak pernah mendengar lelaki yang menyanyikan lagu tersebut. Respon yang diberikan oleh Ajai tersebut telah mendapat sambutan hangat.

Rata-rata netizen mengatakan semua orang yang mendengar lagu tersebut akan mengalirkan air mata. Ramai juga yang mengatakan bahawa mereka masih merasa seperti arwah Siti Sarah masih ada. Ada juga yang mengatakan bahawa mereka tidak pernah lihat Ajai menitiskan air matanya dan ini merupakan pertama kali beliau menangis di depan ramai.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 200K tontonan, 10K sukaan dan 200 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@elliskandar1: smua org auto sedih n mnitik air mta bla dgr lgu arwah

@riri: mcm mana tk terkenang bila lagu arwah berkumandang terasa dia masih ada..mcm tk Caya dia dah tk ada

@Fidah77: Org yg baik,pasti akn d tangisi pemergiannya,wlaupun suda 1 tahun berlalu,tapi terasa seolah2 dia ada

@Sue Yaya: Saya pun Bila dengar lagu arwah Siri Sarah pasti mengalir airmata…Al Fatihah utk arwah

@_CikPuanLina_CPL: Arwah sentiasa di INGATI… Pemergian arwah sgt terkesan. Alfatihah

@Shima86: tiber aku teringat arwah,ya Allah dari hati menitis air mata aku dgr adik NIE nyanyi.. Alfatihah buat arwah Siti sarah

@user9465659781582: tak prnh nmpk Ajai menangis, mkna nya lagu nie mmg sedap sgt,lagu nie mmg sesuai dgn arwah siti sarah

Sumber: Tiktok, Wiki

Previous article“Meremang Bulu Roma” – Hijab Terbuka, Budak Nampak Sesuatu
Next articlePaip Gas Bocor, Khemah Peniaga Pasar Malam Terbakar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here