Home Viral “Saya Block Sebab Ada Campur Tangan Isteri Dia…” – Shakilla Khoriri Dedah...

“Saya Block Sebab Ada Campur Tangan Isteri Dia…” – Shakilla Khoriri Dedah Sebab Nombor Fizi Ali Disekat

123
0

Pelakon Shakilla Khoriri membantah tuduhan yang mendakwa dia menghalang anaknya, Ameena Sofia, daripada bertemu dengan bekas suaminya, Fizi Ali.

Dalam kenyataannya, Shakilla menyatakan kekecewaannya terhadap komitmen bekas suaminya terhadap anak tunggal mereka.

“Kalau awak tak datang cari anak awak, anak tak mungkin akan datang cari awak. Jangan cakap di media sosial begitu dan begini. Dia (Fizi) yang hilang…” – Katanya

“Sebagai seorang bapa, kalau rasa nak (bersama) anak, munculkan diri. Jangan missing in action (hilang begitu sahaja) Jangan ghaib…” – Katanya lagi

Shakilla mengeluarkan kenyataan tersebut ketika diwawancara di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dalam kes tuntutan hadanah terhadap anaknya, Ameena Sofia, pada hari Isnin.

“Kenapa nombor Fizi disekat, kena tanya dia sendiri. Saya ‘block’ sebab ada campur tangan isteri dia. Apa yang dia dah buat dengan Ameena, saya ada bukti dan sudah serahkan kepada peguam saya…” – Tambahnya

“Sebab ‘block’ sebab saya tak berminat nak bercakap dengan orang selain daripada bapa Ameena. Walaupun itu isterinya…” – Tambahnya lagi

Sementara itu, Shakilla juga membantah tudingan Fizi yang menyatakan dia telah menghubunginya berulang kali selepas insiden ketidakmampuan untuk bertemu anak.

Lihat klip video di bawah:

@ohbulanofficial Tersebak Fizi Ali merindui akan anaknya, Ameena Sofia 🥺🥺#ohbulan #fyp #news #fiziali ♬ Very Sad – Enchan

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleSudah 40 Tahun Bergiat Aktif Dalam Dunia Seni Namun Tiada Anugerah Datuk, Sekali Ini Luahan AR Badul Buat Ramai Sebak
Next articlePernah Menipu Semasa Menjadi Penyampai Radio? Syuk Sahar Dedah Punca Dipecat Era FM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here