Home Viral “Ibu, Ayash Datang Ni Semoga Kita Sekeluarga Berjumpa Di Taman Syurga Ya…”...

“Ibu, Ayash Datang Ni Semoga Kita Sekeluarga Berjumpa Di Taman Syurga Ya…” – Anak Bongsu Shuib Ziarah Kubuh Arwah Siti Sarah

135
0

Perginya penyanyi tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah, kira-kira tiga tahun yang lalu, meninggalkan kesan yang mendalam kepada setiap anggota keluarga dan peminat-peminatnya.

Baru-baru ini, suami arwah, Shuib, membawa anak-anak mereka untuk menziarahi makam ibu kandung mereka.

Melalui perkongsian yang dikongsi di platform TikTok, terlihat Shuib bersama ibu, isteri, Watie Hanifiah, dan anak-anak mereka, Ariq Matin dan Ayash Affan, melawat kubur Allahyarhamah Sarah.

Perasaan sedih melanda ketika anak bongsu Shuib, Ayash yang berusia 2 tahun, menyentuh batu nisan ibunya.

“Ibu, Ayash datang ni. Kami terlalu rindu ibu dari hari pertama, hari ini dan selamanya. InsyaAllah kita jumpa akhirnya disuatu hari yang paling indah. Amin…” – Shuib

Melihat komen-komen di ruangan tersebut, kebanyakan warganet terharu melihat momen tersebut dan turut mengirimkan doa agar Allahyarhamah Sarah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sementara itu, ramai juga yang memuji Watie atas sikapnya yang dikatakan tulus dalam menyayangi anak-anak tirinya.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Saya Sebagai Ibu Kandung Musa Sangat Kecewa, Saya Rasa Dimanipulasi Dan Digunakan Atas Kepentingan Noh…” – Athira
Next article“Anak Saya Menumbuk Muka Kawannya Harini, Bukan Nak Back Up Anak Tapi Padan Muka…” – Diana Danielle

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here