Home Viral “Family Latar Belakang Agama Bapanya Ustaz, Saya Tak Faham Kenapa Semua Menunding...

“Family Latar Belakang Agama Bapanya Ustaz, Saya Tak Faham Kenapa Semua Menunding Jari Pada Marissa Saja…” – Abby Abadi

85
0
created by photogrid

Pelakon Abby Abadi masih berasa tidak percaya apabila anak perempuannya, Marissa Dania, memilih untuk hidup berpoligami. Kata Abby atau Arbaiyah Abdul Rahman, 47 tahun, dia tidak menolak takdir, tetapi sebagai seorang ibu, dia masih tercari-cari tentang keputusan Marissa.

“Sejujurnya masih ralat dengan apa yang berlaku tapi saya terima kenyataan dan mendoakan terbaik buat anak-anak saya…”

“Saya bukan orang yang boleh berpoligami dan sebab itu apa berlaku dulu saya pilih bercerai sebab tak sanggup berkongsi…”

“Tapi benda yang saya tak mahu itu datang sebagai ujian pada anak saya… Saya pun tak tahu kenapa anak saya pilih untuk bergelar isteri kedua…”

Abby berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Wawa Nostalgia Raya di Wawa Cosmetics HQ, Bangi, Selangor pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, Abby juga memberitahu bahawa dia telah berjumpa dengan madu ananya iaitu Umisya Mazlan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sedar akan kesilapan yang telah dilakukan oleh Marissa adalah besar, Abby berpendapat bahawa perkara itu tidak seharusnya diletakkan salahkan hanya pada satu pihak sahaja.

“Awal-awal berlaku isu ini, saya dan Misya sudah berjumpa, berpeluk, cium serta bersalaman… Semua dah selesai dan selepas itu kami tiada berjumpa lagi…”

“Saya pernah lalui keadaan itu. Saya akui anak saya buat kesilapan besar tapi bukan salah dia seorang…”

“Saya tak faham kenapa semua menuding jari pada Marissa sahaja seperti Aslam langsung tak bersalah…”

“Saya rasa pelik kenapa orang Malaysia beranggapan sebegitu. Siapa guna istilah penyondol. Habis lelaki tak salah? Pada saya masing-masing ada silap…”

Berkongsi pengalaman lalu, Abby memberitahu ketika bekas suaminya, Norman Hakim berlaku curang dia tidak pernah menyalahkan pihak perempuan.

“Saya tak pernah salahkan Memey sebab tak tahu mereka berkawan sampailah kejadian membuatkan saya tahu…”

“Masa itu saya salahkan Norman, tapi sekarang netizen lebih menyalahkan perempuan…”

Sementara itu, Abby memberitahu bahawa menantunya iaitu Ahmad Aslam hanya bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan bersama keluarga.

Bagaimanapun, Aslam dan Marissa turut berniaga bagi menambah pendapatan dan menyifatkan mereka bijak mencari wang.

“Saya tiada peluang lagi nak bersembang tapi apa yang saya tahu Aslam bawa Grab dan masing-masing pun berniaga…”

Lihat Posting di bawah:

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Aku Nak Kau Melutut Mintak Maaf..” – Isteri Caprice Maki Individu Hina Anaknya
Next article“Saya Yakin Wawa Tak Mungkin Buat Benda Tu, Kalau Kita Tak Mula Benda Tu Takkan Jadi…” – Aeril Zafrel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here