Baru-baru ini, Fasha Sandha telah memuat naik satu klip video di akaun Tiktok miliknya. Klip video tersebut menunjukkan adegan babak beliau bersama pelakon Afieq Shazwan di atas kapal layar. Namun begitu, aksi Fasha Sandha yang sedang dipeluk dari belakang oleh pelakon lelaki tersebut telah meraih tumpuan ramai apabila Fasha menarik tangan Afieq ke bahagian hadapan badannya.
Pelakon berkaliber, Fasha Sandha berkata bahawa dia sudah bersedia untuk dikecam apabila tampil bersama pelakon Zarul Husin dan Afieq Shazwan dalam drama terbaharu berjudul Rampas Cintaku nanti.
Meskipun suami tercinta, pelakon Aidil Aziz turut sama berlakon dalam naskah yang sama, Fasha berkata bahawa sebarang babak-babak yang ditonjolkan dalam drama itu hanyalah memenuhi kehendak pengarah.
Tegasnya lagi, dia tahu batasan dan perlu bersikap profesional meskipun bakal tampil sedikit ‘daring’ dan menggoda.
Saya perlu respect semua pelakon kerana mereka juga ada pasangan sendiri. Ketika di set saya adalah Datin Safieya, tetapi di luar, saya tetap isteri kepada Aidil Aziz.
Tambahnya, dia melihat skrip drama dan melihat satu karakter berbeza dan amat mementingkan pengajaran di sebalik drama ini.
Saya tahu ‘jabatan netizen’ akan jalankan tugas mereka. Saya tidak kisah kerana saya hanya bertugas dan menjayakan watak tersebut atas permintaan naskah.
Manakala bagi Aidil, dia tidak mempunyai masalah apatah lagi berasa cemburu melihat isterinya bergandingan dengan pelakon lain lain kerana faham tuntutan kerja.
Lihat klip video di bawah:
@nurfashasandha Replying to @Mr Non_Standard🔐 😆 sekarang dia dah jadi Rizal untuk #rampascintaku2 ♬ Lambada – Original Version 1989 – Kaoma
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’7′]