Home Isu Semasa “Abaikan Mereka, Sebab Those Voices Aren’t Mine…” – Janna Nick Tertekan Diserang...

“Abaikan Mereka, Sebab Those Voices Aren’t Mine…” – Janna Nick Tertekan Diserang Bipolar Paling Teruk

238
0

Penyanyi dan pelakon Janna Nick menangis teresak-esak akibat tidak dapat menahan rasa penat selepas terpaksa ‘berperang’ dengan otaknya yang terlalu ‘bising’.

Disahkan menghidap Bipolar Disorder pada dua tahun yang lalu, Janna berkata serangan pada kali ini adalah yang paling teruk pernah dilaluinya.

Menerusi video siaran langsung di Tiktok semalam, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann ini mendedahkan bahawa beliau sangat bahagia, namun penat berperang dengan otak sendiri yang terlalu bising.

“Saya hapy tiada masalah. Saya okay, cuma saya ada masalah dengan otak saya yang sangat ‘bising’ hari ini. Paling teruk pernah saya hadapi. Bila saya tidur saya set phone dalam sleep mode, target nak tidur dalam enam jam tapi sepanjang saya tidur tu otak saya berperang dengan saya sebab dia tak nak tidur…” – Janna Nick

“Dia paksa saya fikir benda yang kritikal, sepanjang saya tidur otak saya buat saya fikir cara nak bunuh orang…” – Katanya

Jelasnya lagi, Janna memaklumkan keadaanya selalunya tidak begini, namun setiap kali dia cuba melawan otak bisingnya itu dengan berzikira, suara tersebut semakin kuat.

“Saya rasa penat, masa tidur dia ajar saya bunuh orang, sorok mayat dan lari dari polis. Bayangkan nak berzikir tapi lagi 10 orang dalam otak pun nak bercakap juga, suara diaorang lagi kuat, bising sangat sampai rasa nak hentak kepala dekat dinding…” – Janna Nick

photo 2023 07 21 12 21 56

Walau bagaimanapun, Janna telah memuat naik sebuah Instastory pada hari ini di mana dia mengatakan bahawa keadaanya harini telah beransur pulih.

“I’m good macam biasa. Ignoring them sebab those voices aren’t mine…” – Katanya lagi

Lihat klip video di bawah:

@xtra_my Hanya orang yang pernah melalui bipolar je akan faham.. Allahu kesian Janna 😭😭 #fyp #xtramy #jannanick #bipolar #menangis #sakit #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’7′]

Previous articleKecil-Kecil Cili Padi, Dah Macam Konsert. Adik Ini Nyanyi Di Bukit Bintang Buat Ramai Jatuh Cinta
Next articlePengorbanan seorang pelakon ialah maruah diri, aksi Fasha Sandha dan Afieq Shazwan mengejutkan ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here