Jaguh lompat jauh para, Abdul Latif Romly menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.
Pengiktirafan itu disampaikan dalam satu istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, hari ini.
Berita gembira itu telah dikongsikan menerusi akaun Facebook rasmi Majlis Sukan Negara (MSN).
Penanugerahan itu pastinya bukan hanya bermakna buat Abdul Latif tetapi juga keluarganya serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan terhadap pemuda berusia 24 tahun itu.
Latif menghadiahkan pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lompat jauh lelaki T20 di Stadium Olimpik Tokyo, tahun lalu sekali gus mengulangi pencapaian yang diraih di temasya sama di Rio 2016. -CARI