Home Hiburan Tahniah! Atlet Lompat Jauh Para , Abdul Latif Romly Dianugerahkan Gelaran Datuk

Tahniah! Atlet Lompat Jauh Para , Abdul Latif Romly Dianugerahkan Gelaran Datuk

129
0

Jaguh lompat jauh para, Abdul Latif Romly menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Pengiktirafan itu disampaikan dalam satu istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, hari ini.

Berita gembira itu telah dikongsikan menerusi akaun Facebook rasmi Majlis Sukan Negara (MSN).

Penanugerahan itu pastinya bukan hanya bermakna buat Abdul Latif tetapi juga keluarganya serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan terhadap pemuda berusia 24 tahun itu.

Latif menghadiahkan pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lompat jauh lelaki T20 di Stadium Olimpik Tokyo, tahun lalu sekali gus mengulangi pencapaian yang diraih di temasya sama di Rio 2016. -CARI

132101wpoy17nz7yampppu 132101rfllssfei7keb1lf

Previous articleDitυdυh Guna Duit Jamal Abdillah Buka Bisnes. Sekali Ini Respon Zaki Yamani
Next article“Yang Nyanyi Sumb4ng Pun X Sedar Awk Dijadikn Bahan Lawak, Keturunan U X Malu Ke..” – AC Mizal
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here