Home Hiburan Ditυdυh Guna Duit Jamal Abdillah Buka Bisnes. Sekali Ini Respon Zaki Yamani

Ditυdυh Guna Duit Jamal Abdillah Buka Bisnes. Sekali Ini Respon Zaki Yamani

440
0

Se.dih dan ter.kilan… Itu yang dirasakan penyanyi remaja Zaki Yamani apabila sege.lintir netizen memper.kecilkan usahanya memu.lakan perniagaan menjual makanan.

Zaki, 16, bagaimanapun tidak mahu terlalu mengambil pusing kata-kata negatif yang menu.duh dia mendapat modal perniagaan daripada bapanya iaitu penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah.

105624j7nguno7yoz6eric

Foto: IG

“Ketika awal saya mahu mulakan perniagaan ini, ayah saya sendiri tidak tahu dan saya langsung tidak meminta duit untuk dijadikan modal.

“Jika ada yang masih tidak percaya, boleh tanya sendiri kepada beliau,” jelas Zaki ketika dihubungi mStar.

Sekitar November tahun lalu Zaki menceburi bidang perniagaan dengan membuka gerai makanan dan minuman di medan selera yang terl/etak di Kajang, Selangor.

Gerai diberi nama Ngopi Dulu Yop itu menyediakan pelbagai menu makanan segera inspirasi dari Korea serta minuman berasaskan kopi.

Sebelum ini, Zaki memuat naik satu hantaran di Instagram menjelaskan modal perniagaan tersebut adalah hasil wang yang dikumpul dari bayaran membuat review di media sosial.

Dia juga membuat naik paparan skrin beberapa netizen yang menud/.uh/nya hidup senang kerana mempunyai keluarga kaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zaki Yamani (@zakiyamani._)

“Kalau ada modal umur 10 tahun pun boleh jadi tauke apa saja. Modal duit mak bapa.

“Untung mak bapa berduit, anak minta modal niaga pun senang, yang biasa-biasa ni harapkan simpan modal sendiri tu pun makan masa bertahun,” ujar beberapa netizen.

Sementara itu, Zaki juga memberitahu sebelum memulakan perniagaan tersebut, dia ada memberi bayangan kepada Jamal tentang hasratnya, namun tidak menerima sebarang respons daripada penyanyi lagu Azura itu.

“Saya ada menghantar gambar bancuhan air yang saya buat, namun hanya dapat bluetick sahaja.

“Kemudian selepas beroperasi, ayah ada menghubungi dan saya telah pun bercerita kepadanya tentang perniagaan ini,” ujarnya.

Dalam masa sama Zaki juga sedar setiap perbuatan yang dilakukannya akan dikaitkan dengan nama penyanyi legenda itu.

“Saya tahu orang akan terus kaitakan saya dengan ayah walau bukan urusan kami bersama.

“Memang rasa tertekan, tetapi apa boleh saya buat. Lebih baik diam sahaja,” katanya.

Zaki turut berkongsi akan tampil dengan lagu baharu kolaborasi bersama Jamal dan abangnya Osama yang berjudul Tangan Yang Melambai. –CARI

Sumber: mStar Online

Previous articleNetizen minta buat drama kembar, lelaki iras Aedy Ashraf tak henti2 curi tumpuan ramai
Next articleTahniah! Atlet Lompat Jauh Para , Abdul Latif Romly Dianugerahkan Gelaran Datuk
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here