Cantik dan unik, itulah yang dapat digambarkan melihat senibina surau Langgar Rindu. Surau terletak di Kampung Rhu Tapai, Terengganu ini boleh dikunjungi para pelawat tanpa mengira masa.
Untuk pengetahuan anda, struktur surau ini tampil unik kerana menggunakan kayu pokok tembusu terbuang serta kayu cengal berusia lebih 300 tahun. Abdul Karim Embong, pemilik rumah ibadah itu telah membinanya dengan keringat tulang empat keratnya dan ilham rekaan surau tercetus secara spontan tanpa pelan lakaran.
Sumber: Ateh Sembang
Dapat dilihat struktur binaannya menggunakan kayu membawa ‘vibes’ klasik kepada pengunjung. Walaupun surau ini masih belum siap sepenuhnya disebabkan kekurangan dana tetapi sudah ramai yang mengunjunginya ketika bermusafir.
Tulisan jawi di surau ini turut diukir dan ditulis sendiri oleh Abdul Karim Embong tanpa menggunakan sebarang lakaran. Kreatif sungguh!
Sumber: Ateh Sembang
Sumber: Ateh Sembang
Sumber: Ateh Sembang
Tahukah anda bahawa nama surau ini lain dari kebiasaan kerana menggunakan perkataan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu dagang dalam kalangan etnik Bawean.
Abdul Karim memilih menamakan surau ini sebagai langgar yang bermaksud surau dan rindu sebagai simbolik kerinduan beribadah kepada Allah SWT seperti yang diajar Nabi Muhammad SAW.
Adakah anda pernah singgah ke Langgar Rindu ini? Buat anda yang belum berkunjung ke sini, mungkin selepas penularan wa.bak C.O.V.I.D-19 boleh singgah sebentar beribadah di sini.
Sumber: V