Home Hiburan “12 Tahun Yang Sangat Bermakna,”- Instafamous Sharifah Eleen Kini Isteri Pelakon Zac...

“12 Tahun Yang Sangat Bermakna,”- Instafamous Sharifah Eleen Kini Isteri Pelakon Zac Zaky Kongsi Cerita Saat Susah Senang

805
0

Selebriti media sosial dan usahawan, Sharifah Eleen telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jeja.ka pilihan hati yang juga merupakan pelakon, Zac Zaky pada 12 Januari lalu

Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Eleen menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Menurut Eleen, dia berasa amat bersyukur kerana hubungan yang dibina sejak 12 tahun yang lalu telah berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

“2010-2022, 12 tahun yang sangat bermakna. 12 tahun dulu, Eleen dengan Zakir muda sangat. Kalau cakap kita nak setia sampai kahwin semua orang akan gelak cakap tu cinta monyet je

“Siapa sangka, selepas 12 tahun takdir Allah menentukan, kita akhirnya bergelar suami isteri. Kehidupan Eleen dengan Zakir tak macam yang ramai sangka.

“Dua-dua daripada keluarga yang struggle. Dua-dua dah kerja dari muda. Merantau sama-sama cari kerja. Susah senang Zakir susah senang Elen juga,” tulisnya.

A62233E0 B311 4697 90E4 4EF08A674D9C23E09FFE BC89 4F61 94A2 1F90B07BD254

Katanya lagi, sepanjang perkenalannya bersama Zac atau nama sebenarnya Muhd Zakir, mereka telah melalui pelbagai detik susah dan senang yang mematangkan mereka untuk menempuh cabaran berumah tangga pula selepas ini.

“Kita pernah rasa susah yang teramat, rasa se.dih, berhujan and ber.panas. Apa yang zakir makan eleen pun ikut sama makan. Kalau zakir rasa susah, susah jugak lah hati eleen ni.

“Kalau zakir takde makan, Eleen ikut sama tak makan sebab susah hati tengok Zakir tak makan. Kalau Zakir takde duit makan dulu, Eleen akan cari cara supaya dia makan.

“Tapi bila dia ada je rezeki lebih tak pernah sekali zakir tak cari Rleen. Susah macam mana pun kita dulu, we always choose to stay,” katanya lagi.

794C803A 9E2B 4932 961E B5DBFBA1B9C75E863BB8 39E3 4A31 8675 630068646305

Dalam pada itu, Eleen meluahkan dia berasa amat bertuah kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang sering kali menunjukkan rasa cintanya melalui setiap tindak-tanduknya.

“Zakir sayang Eleen lebih dari Eleen sayang diri Eleen sendiri. Zakir tak pernah janji macam-macam dengan Eleen sbb dia bukan orang yang manis dengan kata-kata. Tapi dia pernah cakap ‘kalau I nak jadikan isteri u I akan make sure you jadi isteri i’.

“Dear my beloved husband, just so you know, some people search their whole life to find what I found in you. Tiada hadiah yang lebih bermakna dalam hidup ni selain Allah anugerahkan you sebagai suami I,” akhirinya

Melihat di ruangan rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga bahtera perkahwinan yang dibina oleh Eleen dan serta suaminya akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

“May Allah bless your journey in life together.

“Awwh, nak nan.gis sebab kisah korang terlalu sweet. Alhamdulillah, selamat bergelar suami isteri yang sah.

“Beautiful love story Eleen dan Zakir. Semoga Allah merahmati perkahwinan kalian dan kekal bahagia hingga ke ak.hir ha.yat.

“Congratulations. Allahu sedih.nya baca. Tumpang happy for both of you,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

761A3F20 B026 4661 9034 65E7910DFF15

Sebelum ini, nama Zac semakin mendapat perhatian sewaktu membintangi watak antagonis menerusi drama, Wanita Tanpa Dosa.

Sumber Foto: FKZ Pictures

Previous article“Cantik, kreatif pulak tu..” Dibina Gna Pokok Berusia 300 Tahun, Reka Bentuk Surau Di Terengganu Ini Curi Perhatian.
Next article“Gelap Pun Mamu Sayang” – Netizen ‘Usik’ Sharnaaz Yang Bimbangkan Azira Shafinaz Berjemur Tengah Panas
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here