Sebak apabila seorang wanita orang kelainan upaya (O.KU) diduk.ung ahli keluarga dalam majlis perkahwinan beliau.
Menerusi perkongsian video di media sosial oleh pengguna @deklaa96_, video berdurasi 54 saat itu menunjukkan wanita itu didukung lelaki dipercayai ahli keluarga beliau sebelum diserahkan kepada suaminya dalam perarakan sambut menantu.
@deklaa96_ yang juga merupakan adik kepada pengantin lelaki di dalam video terbabit berkongsi bahawa kakak iparnya itu seorang O.KU sejak kecil dan bertemu jodoh dengan abangnya.
Difahamkan, kakak iparnya yang berusia 27 tahun itu mengalami ke.ca.catan tiada kaki kanan dan kaki sebelah kiri yang mengecil sejak lahir.
VIDEO:
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan abang dan kakak ipar saya, kakak ipar saya O.KU daripada kecil jodoh abang saya,” katanya.
Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial lain berkongsikan perasaan terharu akan jodoh antara dua mem.pelai itu sebagai satu perkara yang luar biasa.
“Betul orang cakap perempuan akan menjadi ra.tu apabila bertemu dengan lelaki yang te.pat, tahniah dan semoga diber.kati,” kata pengguna sofearosee4.
“Alhamdulilah suami dia terima dengan ikhlas walaupun isteri O.KU, si suami jagalah isteri baik-baik, jangan ham.pakan dia,” ujar babyshxnee._
“Alhamdulillah, semua dia sedia terima segala kekurangan isteri, susah nak jumpa lelaki macam ni, semoga berbahagia hingga ke jannah,” komen @jienazfar_30.
Sumber: K! ONLINE.