Sudah dua bulan pemergian Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu berkata buat masa ini dia belum bersedia untuk mencari pengganti isterinya.
Menurut Shuib, buat masa ini dia kini perlu memberi tumpuan kepada empat anaknya yang masih kecil terutama anak bongsunya, Ayash Affan. Bagaimanapun, Shuib tidak menolak jodoh andai sudah ditentukan Allah suatu hari nanti.
“Kadang-kadang saya fikir, bagaimana pula perasaan arw4h di sana. Jadi bab jodoh ni saya tak berani nak cakap panjang kerana ia adalah percaturan Allah dan saya percaya pada ketentuannya.
“Saya tidak menolak jodoh sebab apa yang diberikan Allah adalah yang terbaik buat saya. Tapi tak boleh juga cakap yang saya tidak akan berkahwin lagi sebab mungkin saya muda lagi dan saya ada empat orang anak, sudah tentu mereka perlukan kasih sayang wanita.
“Mak saya pun kata saya masih muda..sebagai lelaki sudah tentu saya nak ada rasa berkasih sayang, ada nafsu, apalagi dengan ada anak-anak kecil yang perlukan kasih sayang seorang ibu, tapi saya serah soal jodoh kepada Allah,” katanya.
Shuib Mahu Wanita Yang Boleh Terima Anak-Anaknya
Dalam pada itu, Shuib berkata andai ditakdirkan berkahwin lagi dia mahukan wanita yang menerima semua anak-anaknya dan tidak mahu yang ada persamaan dengan arw4h isterinya.
“Saya tak mahu wanita yang ada persamaan dengan Sarah sebab arw4h dah berada dalam kelasnya yang tersendiri, cuma ada kriteria yang saya akan tetapkan.
“Kalau dia berjaya mencuri hati anak-anak saya, mungkin dialah orangnya. Sebab yang lebih penting adalah mereka. Sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya..cuma masa masa sekarang, belum ada,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://trendingsangat.pw/