Home Isu Semasa “Tangkapan Khalwat Bukan Gimik…” – JAWI

“Tangkapan Khalwat Bukan Gimik…” – JAWI

99
0

Baru-baru ini, sedang hangat dibincangkan perkara selebriti ditangkap kerana khalwat di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada awal pagi Sabtu.

Menurut laporan Harian Metro, serbuan dan penangkapan khalwat yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bukanlah tindakan yang direka atau dimaksudkan untuk mempromosikan mana-mana selebriti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan bahawa perbuatan maksiat dan khalwat adalah pelanggaran di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Beliau menambah bahawa tindakan Jawi dijalankan secara telus dan adil, berdasarkan aduan yang diterima, siasatan yang dilakukan, dan penemuan bahawa pelanggaran tersebut benar-benar berlaku, serta akan melakukan penangkapan.

“Kalau ada sebarang laporan yang dikemukakan oleh pihak pengadu (atau) pihak ketiga, jadi bahagian ini tidak ada kontak dengan selebriti atau mana-mana pihak (minta) pergi tangkap aku (artis terbabit)…”

“Aduan itu dibuat oleh pihak ketiga yang tidak ada kena mengena (dengan pihak Jawi)…”

“Jadi berdasarkan aduan berkenaan pihak bahagian penguatkuasaan Jawi akan memulakan siasatan dan sekiranya mendapati ada kelakuan itu (maksiat) maka (pihak Jawi) akan buat tangkapan…”

“Jadi saya mahu tekankan di sini tidak ada sebab Jawi akan kompromi perkara ini dan mahu melakukan sesuatu tangkapan bagi satu-satu kesalahan semata-mata mahu mempromosikan selebriti atau apa (saja)…”

“Tidak, itu tidak langsung (berlaku) termasuk dalam usaha yang dibuat oleh pihak Jawi…”

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail juga menegaskan bahawa tindakan yang diambil tersebut tidaklah merupakan satu gimik.

Sebelum ini, terdapat beberapa pandangan dari pengguna media sosial yang seolah-olah meragukan apakah tindakan ini adalah satu perancangan untuk melibatkan pelakon tersebut kerana kedua individu tersebut dilaporkan sedang menjalani penggambaran bersama.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harian Metro (@hmetromy)

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Biarkan Allah Hukum dan Balas Orang Yang Zalim Terhadap Kita…” – Haliza Maysuri Rebah
Next articleTarik Diri Daripada Drama “Terjerat”, Bella Astillah Enggan Berlakon Sekali Dengan Aliff Aziz dan Ruhanies?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here