Home Isu Semasa “Habis UPSR trus luah eh!..” Mngorat Murid Lelaki Bru Pindah Skolah,...

[VIDEO] “Habis UPSR trus luah eh!..” Mngorat Murid Lelaki Bru Pindah Skolah, kini Bersatu Di Pelamin.

208
0

BERKENALAN sejak darjah enam, pasangan berusia 22 tahun ini akhirnya disatukan sebagai suami-isteri pada 27 Ogos lalu.

Menurut Nurul Syazana Rosli, dia bersyukur apabila perkenalannya dengan Muhamad Fathoni Fauzi berakhir di jenjang pelamin.

Ketika dihubungi mStar, jurusolek yang m3sra disapa Nana itu sempat memperincikan semula kisah perkenalan mereka, 11 tahun lalu.

“Suami berpindah ke sekolah saya ketika kami darjah enam. Tapi kami kelas berasingan. Kenangan masa mula-mula nak kenal, saya yang mengorat suami.

“Boleh ‘s4ngkut’ sebab kami selalu g4duh dan ej3k-ej3k nama. Biasalah bud4k-bud4k, selalu panggil nama mak ayah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Selepas tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), baru saya luahkan perasaan. Masa tu, kami selalu balik sekolah jalan kaki sama-sama.

“Saya tanya suami pada waktu itu, h4ng suka siapa? Kemudian baru kami berkawan rapat,” ujar Nana berseloroh.

nana3

Pasangan ini berkenalan ketika di sekolah rendah.

Menurut Nana yang menetap di Taiping, Perak, hubungan itu semakin rapat apabila mereka menjadi rakan sekelas sepanjang lima tahun di sekolah menengah.

“Bermula tingakatan satu sehingga ke tingkatan lima, kami belajar satu kelas. Masa zaman sekolah, kami juga pernah putus sekejap, kemudian berbaik semula.

Sepanjang kenal, kami pun jarang contact. Contact macam biasa saja.

FATHONI

Last kami putus masa tingkatan dua, selepas itu dah tak ada dah. Habis sekolah, suami sambung belajar, selepas habis belajar dia kerja sebagai programmer, kemudian baru kami plan untuk kahwin,” kata Nana lagi.

Dalam temubual sama, suami Nana turut mendedahkan dia menerima banyak soalan daripada insan terdekat mengenai petua hubungan kekal lama.

“Orang tanya tip bercinta. Saya pun tak tahu sebenarnya. Ikut flow saja, saya terima jodoh seadanya.

nana4

Foto sekitar hari pernikahan pasangan ini pada Ogos lalu.

“Sepanjang kenal, kami pun jarang contactContact macam biasa saja. Lepas habis belajar, balik kampung, dia ajak saya kahwin,” ujarnya berseloroh.

Menurut Nana, dia berani bertanyakan soal kahwin kepada suaminya pada waktu itu kerana sudah cukup lama mengenalinya.

Malah kata Nana, dia percaya akan konsep rezeki dan jodoh biarpun usia mereka baru mencecah 22 tahun.

nana5

Nana dan suami menjadi rakan sekelas selama lima tahun di sekolah menengah.

“Saya fikir dah lama sangat kenal, takut tak jadi. Dia pun dah habis belajar, dah kerja. Kemudian tanya keluarga dan kami berbincang, baru kami kahwin,” ujar Nana lagi.

Nana turut berkongsi bingkisan video kisah dia dan suaminya menerusi Instagram sehinga menerima lebih 100,000 tontonan.

Sumber:mStar

Previous article“Sudah tentu saya nak ada rasa berkasih sayang, ada n4fsu…” Shuib Bagitahu Ciri2 Calon Isteri
Next article[VIDEO] “Weeeeyyyy scary g!laaaa!..” Ular Sawa 50kg Sembunyi Di Siling Tandas Rumah. Ini Luahan Zoey Rahman
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here