Bukan sahaja bertemu jodoh dalam se.kelip mata, malah perkahwinan pasangan selebriti, Zizi Kirana, 36, dan suami, Yusuf Bahrin, 29, mempunyai banyak kenangan manis yang ter.selindung.
Paling manis, Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil berkata, dia dapat menghubungi bapanya yang kali terakhir ditemui ketika berusia tiga tahun untuk menjadi wali pada majlis akad nikah pada 19 September lalu.
“Ibu bapa saya ber.cerai sejak saya berusia tiga tahun. Sejak itu, kami tidak pernah bertemu lagi.
“Saya berusaha mencari wali, termasuk men.giklankan mengenai bapa di dada akhbar. Namun, Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan saya.
Zizi bersyukur ak.hirnya dapat menghubungi dan men.jejaki bapa selepas 26 tahun berpisah selepas ibu bapa ber.cerai. – Foto IG Zizi Kirana
“Saya juga melakukan carian di laman Instagram (IG) dan terjumpa nama adik-beradik lain. Apabila dimaklumkan kepada emak, dia terlebih dahulu menghubungi bapa untuk menyatakan hasrat kami.
“Hanya selepas itu, barulah saya dapat bercakap dengan bapa. Walaupun hanya berhubung melalui panggilan telefon, namun bapa memberikan kerjasama sangat baik.
“Semua dokumen penting untuk pernikahan saya dan Yusuf dihantar melalui kaedah kurier,” katanya.
Zizi berkongsi mengenai perkara jodohnya dalam temubual menerusi IG Live anjuran Nurflixtv bertajuk Rahsia Dia: Jodoh dan Ketentuan pada Ahad lalu.
Temubual ini dihoskan oleh Diana Amir dan panel adalah Zizi, Faralyna Idris dan Ustazah Asni.
Bagi Zizi yang mem.bolosi pencalonan awal kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 bersama Faizal Tahir dan Elly Mazlein menerusi lagu Empat Dara 2020, dalam setiap kesulitan pasti ada jalan keluar.
Katanya, dia hanya menyerahkan dan menggantung seluruh harapannya kepada Allah yang berkuasa mengatur segala urusan hidupnya.
Merancang membawa suami berjumpa dengan bapa apabila kebenaran merentas negeri dibuka, Zizi berkata, dia dan Yusuf bersyukur banyak pihak yang mendoakan kebahagiaan dan kebaikan.
Berkongsi pengalamannya mendirikan rumah tangga pada musim pan.de.mik, Zizi berkata, meskipun tempoh perkenalannya dengan Yusuf sangat singkat iaitu dua bulan, namun bersyukur proses majlis akad nikah dipermudahkan.
View this post on Instagram
“Ustazah Asni adalah antara individu terawal yang mengetahui mengenai hubungan saya dengan Yusuf. Saya banyak berkongsi cerita bersamanya, bertanya pendapat mengenai persiapan sebelum mendirikan rumah tangga.
“Ada masanya perbualan kami berlarutan sehingga jam 4 pagi. Ustazah tidak mengenali Yusuf, namun apabila saya menyatakan niat, antara soalan yang diajukan ialah siapa dia, nak tengok gambar.
“Saya memberikan akaun IG Yusuf, selain meminta ustazah melakukan solat Istikharah bersama,” katanya.
Penyanyi lagu Eh! itu berkata, dari awal perkenalan dengan suami, dia tidak pernah mempertikai sama ada Yusuf mampu membimbingnya atau sebaliknya.
“Proses persiapan majlis akad nikah kami sangat mudah dan cepat. Menjelang hari pernikahan, saya lebih tenang dan santai berbanding orang sekeliling termasuk keluarga, rakan dan pengurus,” katanya.
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: BH/IG Zizi Kirana