Home Semasa “Ingt tk ltih ke jdi ank sulung, adik bt hal kita kna...

“Ingt tk ltih ke jdi ank sulung, adik bt hal kita kna mrah..” Gelagat Ank Kecil Membebel , Skali Ibunya Buka Mulut.

160
0

INDIVIDU yang dilahirkan sebagai anak sulung sememangnya menjadi harapan ibu bapa untuk membantu melakukan pelbagai perkara termasuk menjaga adik-adik.

Baru-baru ini video yang memaparkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan membebel dan ‘meluahkan’ isi hatinya sebagai anak sulung yang terp.aksa ber.korban demi adik-adik, benar-benar menghiburkan netizen.

“Ingat tak letih ke jadi anak sulung? Adik buat hal, kita kena marah,” demikian antara ‘bebelan’ kanak-kanak tersebut dalam loghat Terengganu pekat.

Sehingga kini video berkenaan meraih melebihi 201,000 jumlah tontonan dengan dibanjiri ratusan komen lucu ne.tizen.

“Terima kasih adik wakilkan kami semua.

“Adik ni boleh jadi presiden persatuan anak-anak sulung,” demikian antara komen yang dilontarkan ne.tizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Hasnoor Hashim, anak sulungnya yang berusia enam tahun itu sememangnya petah bercakap seawal usia tiga tahun lebih-lebih lagi sering menghabiskan masa dengan nenek, datuk dan ibu-ibu saudaranya.

“Ceritanya, saya pun tak tahu dia rekod video tu. Mula-mula saya saja main filter wajah dekat telefon bimbit dan dia pun nak cuba juga. Jadi saya bagi la dia main.

“Saya sendiri tak perasan dia cakap apa dekat tempat duduk belakang kereta… ingatkan dia cakap seorang diri. Bila tanya dia balik, terus dia bagi handphone semula kepada saya.

sulung baru 1

Sofia bersama salah seorang adiknya.

“Saya save saja dan bila tengok balik video tu, nak tergelak pun ada. Mulut dia memang macam tu,” ujarnya bercerita mengenai anak perempuannya yang bernama Puteri Elmy Sofia Muhammad Emirza.

Bercerita lebih lanjut, Hasnoor atau senang disapa sebagai Elly berkata, sungguhpun puterinya itu merupakan anak sulung namun dia mempunyai sifat yang sangat manja berbanding dua adik-adiknya.

sulung baru 2

Menurut Elly, dia dan suaminya mengambil pendekatan seimbang dalam mendidik anak-anak.

“Mungkin daripada video tu orang akan ‘ju.dge’ dan mengan.ggap ibunya ga.rang. Bagi saya, anak-anak perempuan sekarang sewajarnya dididik dengan tegas.

“Sofia sangat manja dengan papanya, saya pula lebih tegas sedikit. Tak boleh dua-dua tegas, atau dua-dua manjakan anak… kena seimbang. Tapi Sofia ni manja. Bila kena ma.rah, dia yang menangis dulu.

“Dia memang ada ciri-ciri anak sulung dan kakak yang bertanggungjawab. Saya ingat lagi semasa berpantang selepas bersalin anak bongsu setahun yang lalu, Sofia yang banyak tolong dan memang ringan tulang.

Dia memang ada ciri-ciri anak sulung dan kakak yang bertanggungjawab.

HASNOOR HASHIM

“Dia rajin tolong papanya siapkan makanan berpantang, tolong bab botol susu adik kecilnya, tolong bu.angkan lampin pakai bu.ang. Memang boleh diharap dan dia memang suka lakukannya tanpa disuruh pun.

“Selain itu dia memang senang mengalah dengan adik-adik,” cerita ibu kepada tiga cahaya mata yang menetap di Kemasek, Terengganu ini.

komen sulung

Antara komen-komen netizen yang terhibur dengan gelagat Sofia.

Elly yang merupakan seorang jurusolek berkata, dia sama sekali tidak menyangka keletah anak sulungnya mencuit hati ramai.

“Dia tahu videonya viral… siap tanya lagi dia dah jadi artis ke. Ada juga yang komen minta kami buatkan satu akaun TikTok khas untuknya. Tapi saya dan suami ke.beratan kerana dia masih kecil lagi. Biarlah dia share dulu dengan akaun saya,” ujarnya lagi.

Sekadar Perkongsian Dan jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Mstar

Previous article[VIDEO] “Masya-Allah sdapnya dia selawat..” Talita Dodoikan Ayash Affan Sambil Berzikir Bt Rmai kagum.
Next article“Bapa sdah lma berp!sah..” Zizi Kirana Luah Sesuatu Slepas 26 Tahun Terpisah Dgn Bapanya- ‘Usaha cari’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here