Home Isu Semasa Abang ‘Pergi’ Blum Majlis Nikah, Stahun Bru Adk Kuatkn Diri Buka Hadiah...

Abang ‘Pergi’ Blum Majlis Nikah, Stahun Bru Adk Kuatkn Diri Buka Hadiah Kahwin Pemberian Arwh, Rupanya…,- “Tekaan saya tepat”

231
0

BUKAN mudah untuk menerima ha.kikat pe.mer.gian dan ke.hilan.gan orang tersayang.

Seorang pemuda akhirnya terdetik hati untuk membuka hadiah pemberian ar.wah abangnya selepas lebih setahun dijemput Ilahi.

Berkongsi pengalaman, Azwanshah Mohd Sah berkata, hadiah tersebut diberikan oleh abangnya, Allahyarham Hasrul Amirizan sempena hari perkahwinannya, Ogos tahun lalu.

Pemuda berusia 26 tahun itu berkata, rancangan asal untuk berkahwin pada Mac 2021 namun diawalkan demi memenuhi permintaan abangnya yang menghidap kanser usus tahap empat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Ar.wah abang minta perkahwinan saya diper.cepatkan. Selepas pelbagai faktor dan kekangan, saya hanya dapat melangsungkan majlis pada 15 Ogos 2020.

“Kami cuba ikut permintaan abang, tapi dia tak sempat tengok saya kahwin kerana me.ning.gal dunia 6 Ogos 2020 semasa usianya 31 tahun. Kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya kepada mStar.

hadiah arwah abang 5

Ar.wah abang (belakang, dua dari kanan) bersama keluarga.

Lebih mesra disapa Wan, katanya, hanya hadiah pemberian arwah abangnya yang menjadi ‘pengganti diri’ pada hari perkahwinannya.

“Pada awalnya saya tak tahu pun ar.wah beri hadiah. Malam tu masa sesi buka-buka hadiah, ada kotak besar dengan kad ucapan yang tertera nama ar.wah sebagai pemberi.

“Saya tanya kakak yang rapat dengan ar.wah, dan diberitahu ia adalah hadiah yang dipesan ar.wah sebelum me.ning.gal dunia,” ujarnya yang berasal dari Jempol, Negeri Sembilan.

hadiah arwah abang 3

Kad ucapan yang disertakan bersama hadiah perkahwinan.

Menurut anak ketujuh daripada 12 beradik itu, dia bagaimanapun tidak berhasrat untuk membuka hadiah berkenaan sehinggalah ‘diperam’ di bilik tidur selama lebih setahun.

“Sejak kahwin, isteri beberapa kali tanya bila nak buka hadiah tu sehingga isteri tanya lagi minggu lepas. Selepas lebih setahun baru saya tergerak hati untuk membukanya.

“Sebaik buka kotak hadiah, tekaan saya selama ini tepat. Ar.wah hadiahkan saya sebuah periuk nasi. Saya teringat pernah berkongsi keinginan untuk mendapatkannya.

“Kira-kira dua bulan sebelum kahwin, ar.wah tanya soalan ketika saya masih menyewa di rumah bujang. Abang tanya masa kahwin nanti nak hadiah apa.

“Saya kata kalau nak beli, lebih baik beli periuk nasi sebab yang ada kat rumah sewa tu adalah kepunyaan rakan serumah. Bila-bila dia boleh bawa pergi,” tambahnya.

hadiah arwah abang 4

Wan (kanan) dan arwah abang (tengah) bersama keluarga.

Wan yang berkhidmat sebagai ang.gota po.lis itu menga.kui se.bak ketika membuka hadiah pemberian ar.wah abang yang tidak disang.ka-sang.ka.

Menurutnya, abangnya merupakan ang.gota ten.tera dan masih bujang itu merupakan seorang yang pendiam dan lebih suka berahsia.

Ar.wah abang tak kisah apa orang nak kata, tapi dia seorang yang supportive dengan keluarga. Malah dia bantu menyatukan semua adik-beradik

AZWANSHAH MOHD SAH

“Ar.wah abang tak kisah apa orang nak kata, tapi dia seorang yang supportive dengan keluarga. Malah dia bantu menyatukan semua adik-beradik selepas semua ber.de.pan krisis.

“Kerana ar.wah juga kami sekeluarga masih berhubung antara satu sama lain, meskipun ketiadaan ar.wah dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya sambil menambah dia baru dikurniakan cahaya mata lelaki pada bulan lalu.

hadiah arwah abang 2

Kenangan… Wan (kiri) bersama ar.wah abang.

Dalam pada itu, Wan berkata, dia dan abangnya yang dikenali sebagai Koperal Ujang itu berkongsi minat sama dalam permotoran.

“Kami banyak menghabiskan masa bersama berkaitan permotoran, itu je. Kini hanya kenangan bersama ar.wah. Sampai sekarang saya masih terngiang-ngiang perbualan bersama ar.wah berkenaan hadiah kahwin,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber:Mstar

Previous articleTular Aksi Wanita Berpurdah Viral?, Ini Reaksi Datuk Normashayu Puteh Bila..
Next articleBru ja Cat Tampil Mhon Maaf, Skali Danial Zaini Cabar Iqbal!- ‘Kalau dia ter4sa, terpulang pada dia’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here